Followers

Friday, March 8, 2019

KEGIATAN EKONOMI UTAMA - PENGENALAN

Kegiatan ekonomi dapat dibahagikan kepada tiga bahagian atau sektor:

1. Sektor Primer
     Sektor primer juga dikenali sebagai sektor tradisional. Bidang kegiatan ekonomi yang termasuk dalam sektor primer ialah pertanian, perikanan, perhutanan dan perlombongan. Sektor primer merupakan aktiviti yang mengeluarkan bahan mentah secara langsung daripada alam semulajadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.

2. Sektor Sekunder
     Sektor sekunder merangkumi kegiatan  perindustrian. Secara lebih terperinci, sektor sekunder merupakan aktiviti ekonomi yang menukarkan bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor primer kepada barang separuh siap atau barang siap.

3. Sektor Tertier
     Sektor tertier merupakan sektor ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan  . Sektor tertier semakin penting bagi pembangunan sesebuah negara dan sumbangannya semakin besar.
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...