Followers

Sunday, June 9, 2019

Pengurusan Sumber Semulajadi di Malaysia

Pengurusan sumber di Malaysia masih lagi di peringkat awal. Kesedaran masyarakat terhadap pentingnya pengurusan sumber masih di tahap yang rendah. Kebanyakan rakyat masih tidak mengetahui pentingnya mengurus sumber terutama sumber semulajadi seperti sumber air, sumber udara, sumber hutan/ tumbuhan atau sumber tanah.

Kebanyakan sungai-sungai di Malaysia dicemari bahan toksid atau beracun akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang membuang bahan tercemar ke sungai. Baru-baru ini, iaitu pada bulan Mac, 2019 negara digemparkan dengan pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan 111 buah sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup. Ini adalah satu contoh menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan masyarakat tentang pentingnya menguruskan sumber air ini. ( Sumber  : Berita Astro Awani)

Tindakan petani yang membakar jerami di petak sawah masing-masing terutama selepas musim menuai juga boleh menyebabkan pencemaran udara. Udara dipenuhi jelaga hitam dan kawasan pencemaran semakin merebak ketika tiupan angin kencang. (Sumber : Blog Rasmi Negeri Kedah).

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...