Followers

Tuesday, May 23, 2017

Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah

1. Kuat kuasa undang-undang ~ Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut.
Pihak JPJ boleh mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap hitam yang mencemarkan udara.

Terkini, di beberapa persimpangan lampu isyarat dipasang CCTV atau/dan kamera AES. Semua ini bertujuan memantau pengguna-pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya terutamanya bagi mengelakkan pemandu melanggari lampu isyarat merah! 

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum ~ Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang

3. Penapis asap /Catalytic converter ~ Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) ~ Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV, elektrik, tenaga suria)  ~ Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta  hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.  

6. Kursus pemanduan berhemah ~ Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.

7. Kempen Alam Sekitar ~ Bagi melindungi alam sekitar dan mengurangkan pencemaran udara,  kempen berbasikal boleh dilancarkan. Contohnya, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menganjurkan Kempen Berbasikal Kali Ke 12 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada tahun 2012. ( Link : Sinar Harian ).

8. Kempen Berkongsi Kereta ~ Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, terutama pada waktu puncak, kerajaan boleh menggalakkan kempen berkongsi kereta sebagaimana yang dijalankan di negara Singapura. 

Friday, May 19, 2017

Sos Prego

Salam...

Sos prego memang menjadi pilihan untuk dijadikan hidangan spagetti. Senang untuk disediakan dan sedap pula itu. Jika ada tetamu yang datang itu, boleh saja dihidangkan dengan spagetti bersoskan prego ini.

Kenapa bercerita tentang prego pulak ni...almaklum prego merupakan CPUV berbaru yang menaja blog ini..jadi jika ternampak iklannya seperti gambar di bawah ini, bolehlah klik ye....tq3.

Saturday, March 11, 2017

UJIAN 1 : UNIT1 HINGGA UNIT 5 (KEMAHIRAN GEOGRAFI)

ujian 1 2017 by Teratai on Scribd

Wednesday, March 1, 2017

Uji Minda Anda!






Sunday, February 26, 2017

Penentuan Arah Mata Angin menggunakan matahari

Pada zaman dahulu, ahli-ahli pelayaran menggunakan matahari sebagai rujukan arah mata angin ketika di lautan. Matahari menjadi kompas mereka! Tahukah anda bagaimana menentukan arah menggunakan matahari? Senang saja rupanya... Anda bijak jika dapat menentukan arah mata angin berdasarkan matahari. Cuba jawab soalan berikut...
Tentukan arah mata angin  gambar di bawah:

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...