Followers

Tuesday, October 9, 2012

Boboy dan Beebo

Monday, October 8, 2012

Cantiknya...

Friday, October 5, 2012

Montel

Anak kecil mandi berbogel
Mandi dengan gelak ketawa
Kucing jantan bernama montel
Kucing kesayangan kami sekeluarga

Pergi ke pasar membeli raga
Untuk diisi buah naga
Makan minum montel dijaga
Supaya simontel cantik bulunya

Thursday, October 4, 2012

Peranginan Tanah Tinggi Yang popular di Malaysia

Terdapat beberapa tempat tanah tinggi yang menjadi tarikan pelancong sama ada dalam negeri atau luar negara. Antaranya ialah :

1. Tanah Tinggi Cameron

http://www.lipstiq.com/wp-content/uploads/2012/09/Cameron-Highlands.jpeg 

Tanah Tinggi Cameron terletak di sempadan antara negeri Selangor, Perak dan Pahang. Terletak di Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Tanaman teh dan sayur-sayuran hawa sederhana ditanam secara meluas di sini. Penanaman mengikut teres/kontur dapat mengurangkan hakisan tanah di kawasan tanah tinggi yang bercerun ini.  Suhu yang nyaman iaitu 18 darjah Celcius menjadi tarikan pelancong ke sini. Jenis pelancongannya ialah agropelancongan.

2. Tanah Tinggi Genting


Tanah Tinggi Genting juga terletak di negeri Pahang, iaitu sempadan antara  Pahang dan Selangor. Tanah Tinggi Genting juga terletak di Banjaran Titiwangsa. Terkenal kerana taman tema dan pusat hiburan.

3. Bukit Fraser


 Pusat peranginan Bukit Fraser juga terletak di Banjaran Titiwangsa dan terletak di negeri Pahang.

4. Gunung Kinabalu



Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, Sabah. Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan ketiga tinggi di Asia Tenggara.  Kundasang merupakan kawasan penanaman teh dan sayur-sayuran hawa sederhana juga menjadi tarikan pelancong ke sini. Terkenal dengan jenis agropelancongan.

Bandar dan Peranannya

Terdapat beberapa jenis bandar berdasarkan fungsi atau peranannya.Antaranya ialah:

1. Bandar Diraja
~ Kuala Kangsar di Perak.
~ Pekan di Pahang
~ Seri Menanti di Negeri Sembilan
~ Arau di Perlis

2. Bandar Pertanian/Pembangunan Wilayah
~ Bandar Muadzam Shah di Pahang.
~ Bandar Tenggara di Johor
~ Bandar Muktafibillah Shah di Terengganu
~ Bandar Jengka di Pahang
~ Bandar Sahabat di Sabah

3. Bandar Perlombongan
~ Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban (bijih timah)
~ Kertih, Miri dan Lutong (petroleum)
~ Bintulu (gas asli)

4. Bandar Wilayah Persekutuan
~ Kuala Lumpur
~ Labuan
~ Putra Jaya

5. Bandar Koridoraya Multi Media
~ Cyber Jaya

6. Bandar Ibu Negara Malaysia
~ Putra Jaya

7. Bandar Pentadbiran (Ibu Negeri)
~ Kota Bharu, Kelantan.
~ Kuala Terengganu, Terengganu.
~ Kuantan, Pahang.
~ Johor Bahru, Johor
~ Melaka.
~ Seremban, Negeri Sembilan
~ Shah Alam, Selangor
~ Butterworth, Pulau Pinang
~ Ipoh, Perak
~ Alor Setar, Kedah
~ Kangar, Perlis
~ Kuching, Sarawak
~ Kota Kinabalu, Sabah  

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...