Followers

Sunday, September 29, 2013

I'm the winner!


Thursday, September 26, 2013

Taufan

 


1. Negara yang sering dilanda taufan : Filipina dan Jepun.

2. Faktor yang menyebabkan kejadian taufan :

   ~ Penyahutanan secara berleluasa
   ~ Perubahan cuaca kejadian El-nino
   ~ Peningkatan suhu yang melampau
   ~ Peredaran bumi

3. Kesan kejadian taufan :

    ~Kemusnahan harta benda
    ~Mengancam nyawa/ kematian
    ~Kemusnahan fauna
    ~Kemusnahan flora
    ~Pencemaran air

4. Langkah mengurangkan kejadian taufan :

    ~Kuat kuasa undang-undang
    ~Pendidikan alam sekitar
    ~Kempen kesedaran alam sekitar
    ~Penghutanan semula

Tuesday, September 24, 2013

Makaroni Sup Ala Stew

Hari ini ada potluck untuk meraikan 2 orang rakan sejawat yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Temanya western food. Nak masak apa ya...fikir punya fikir masak makaroni sup ala-ala stew gitu.

Bahan utama :
250 gm makaroni ~ rebus dan toskan apabila cukup lembut.

Bahan Tumis :
Bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
6 ulas bawang putih  ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang halus

Bahan Pelengkap:
1 paket kecil serbuk sup (3 sudu besar)
11/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 kiub perasa ayam
Isi ayam secukupnya ~ potong dadu kecil-kecil
4 biji ubi kentang ~ potong dadu kecil-kecil
1 batang lobak merah  ~ potong dadu kecil-kecil
3 gelas air

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan semua bahan pelengkap.
2. Masak/renehkan sup dengan api sederhana kecil. Perasakan garam dan gula.
3. Masukkan makaroni dan masak lagi untuk 4 - 5 minit. Tutup api, siap untuk dihidangkan.



Kelip-kelip kehidupan...: Makaroni Sup Ala Stew  

Sunday, September 22, 2013

Alat Pelindung Stevenson


1. Lokasi yang sesuai untuk meletakkan alat Pelindung Stevenson :
    
    ~ Kawasan lapang/luas/padang
    ~ Kawasan lantai/tanah berumput
    ~ Jauh dari bangunan/pokok

2. Dua alat kaji cuaca yang diletakkan dalam alat Pelindung Stevenson:

    ~Higrometer (termometer bebuli kering dan bebuli lembap)
    ~Termometer maksimum dan termometer minimum

3. Maklumat yang diperolehi daripada alat kaji cuaca yang diletakkan dalam alat Pelindung Stevenson :
 
    ~Suhu
    ~Suhu maksimum
    ~Suhu minimum
    ~Kelembapan udara
4. Ciri-ciri alat Pelindung Stevenson :
 
     ~Dicat putih
     ~Diletak di kawasan lapang
     ~Dindingnya berbentuk ram/kekisi
     ~Tingginya 1 meter dari tanah



Friday, September 20, 2013

Olay....


Iklan terbaru dan mendapat CPUV ~ Olay
Iklan berkaitan kecantikan wajah
Wajah jelita hati pun gembira
Idaman setiap orang apatah lagi si hawa

 Kalau nak tahu apa dia Olay ni
Jangan segan-segan kliklah iklan ni
Mana tahu sesuai untuk kulit anda!

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...