Pages

Sunday, April 15, 2012

KKG : Format penyusunan folio yang betul

Sekarang sudah memasuki bulan April, bermakna sudah ada pelajar yang sudah siap/hampir siap membuat kerja kursus geografi. Langkah terakhir sebelum menghantar folio KKG kepada guru geografi anda, pastikan susunan folio anda disusun dengan kemas dan betul susunannya. Berikut diberikan panduan susunan folio yang betul dan mengikut format yang diberikan Buku Panduan KKG.

Susun mengikut turutan berikut :

1. Halaman Tajuk Kajian KKG

2. Halaman Isi Kandungan

3. Halaman Penghargaan

4. Halaman Pendahuluan

5. Halaman Objektif kajian

6. Halaman Kawasan Kajian

7. Halaman Peta 1 dan Peta 2

8. Halaman Kaedah Kajian

9. Halaman Dapatan/Hasil Kajian
    (a) Konsep perniagaan runcit berfokuskan pasar malam/pasar tani/pasar minggu ....
    (b) Kepentingan perniagaan runcit (pasar malam/pasar tani/pasar minggu...)
    (c) Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit (pasar malam/pasar tani/pasar minggu...)
    (d) Kesan negatif perniagaan runcit (pasar malam/pasar tani/pasar minggu...)
    (e) Langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit (pasar malam/pasar tani/pasar minggu...)

10. Halaman Persembahan Data
      ~ Peta Minda
      ~ Jadual
      ~ Graf/Carta

11. Halaman Rumusan

12. Halaman Lampiran
      ~ Surat-surat kebenaran
      ~ Borang-borang soal selidik/temu bual
      ~ Gambar-gambar (sertakan penerangan ringkas di bawah gambar)
      ~ Bahan-bahan yang diprint dari internet (berkaitan tajuk KKG)

13. Halaman Rujukan


8 comments:

  1. Cikgu..kalau buat persembahan data dalam dapatan kajian boleh x??

    ReplyDelete
  2. Anas Yunus ~ boleh! Itu satu lagi cara untuk persembahan data:)

    ReplyDelete
  3. Thank You..cikgu..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana memberi cara-cara untuk menyusun kerja kursus geografi...kerjasama anda dihargai...

    ReplyDelete
  5. Syazwan ~sama-sama. Selagi cikgu boleh bantu memudahkan kerja-kerja pelajar, cikgu akan tolong:))

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum cikgu kalau tajuk pemanasan global macam ni juga ke?

    ReplyDelete