Pages

Monday, October 15, 2012

Segmen Miz Ruha/Lesen

 Segmen seterusnya yang aku nak join ialah segmen Miz Ruha/Lesen. Tarikh tutupnya : 19 Oktober,2012, jam 5 petang. Masih sempat nak join, klik aje banner di bawah...



 Ceritanya bermula 25 tahun dulu....

Ketika itu aku masih lagi menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia di tahun akhir. Aku ada seorang kawan yang sudah bersuami mempunyai seorang anak perempuan. Kawan aku ini, aku panggil R. Suatu petang tu, si R ni ajak aku naik motorsikal ronda-ronda seluruh kampus dan tujuan sebenarnya melihat anaknya yang dijagai oleh isteri pengawal  di kuarters jaga (kalau tak salah akulah, ingat-ingat lupa sebabnya, almaklum sudah 20 tahun lebih peristiwa ini berlaku!). 

Tapi yang aku tak boleh lupa cara si R ni bawa motor...kecut perut aku dibuatnya! Laju berdecun, kata orang ganu! Aku peluk pinggang si R ni kuat-kuat ketika tiba bab corner/selekoh...si R ni pun perasan. Aku kata, "tobat, lepas ni aku tak kan naik motor lagi!" Dalam hati, aku terdetik "Ada lesen ke dok si R ni bawa motor...macam tak dok lesen je gayanya!"

Kisah si R ni tak habis di situ je...

Kini si R sudah tiada bersamaku....dia telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau telah kembali ke rahmatullah dalam usia mudanya 25 tahun. Beliau meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di London, England. Aku difahamkan si R memandu kereta ketika kemalangan itu. Apa yang aku terkilan, 6 bulan sebelum pemergian R, aku menerima sepucuk surat daripada R menyatakan banyak perkara nak dikongsi bersamaku bila R pulang dari England.

Itulah ketentuan Ilahi...kita merancang Allah menentukan. Apa yang ingin R kongsikan menjadi tanda tanya buatku sampai bila-bila....

Semoga roh R ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.....amin.

Setiap kali melihat lesen memanduku, akan terbayang kisah si R ini yang menyebabkan aku melarang anak-anakku mengambil lesen motor! Ambil lesen kereta lebih selamat! 

15 comments:

  1. moga roh R ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin..

    thanks sudi join and share cerita,, ^_^

    ReplyDelete
  2. tabahnya nak ceritakan...saya memahami...walaupun cerita saya tu bukan la kenalan saya....saya paham..

    owh yea,baca ni dari saya
    http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/gara-gara-cerita-hantu.html

    ReplyDelete
  3. Mohon bertabahkan hatimu... Moga rohnya Di tmpatkn dikalangan org2 yg soleh... Dtg Dr segmen yg sama

    ReplyDelete
  4. Semoga roh R ditempatkan di kalangan orang2 beriman...

    Wilma pun memang takut naik motor...Tak tahu kenapa...

    P/S: Dah jadi follower no. 169 dan like page FB :-)

    ReplyDelete
  5. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman Al-fatihah sabar ye

    dari segmen yg same jgk
    http://eyzafye.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  6. done terjah sini..

    http://cikzaniff.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html
    dr segemn sma

    ReplyDelete
  7. semoga roh R di tempatkan bersama orang2 bberiman...http://kate-na.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  8. semoga roh beliau dicucuri rahmat..Al-Fatihah untuk beliau..

    sy join jugak, tapi x publish lagi :)

    ReplyDelete
  9. Moga roh R ditempatkan dlm kalangan orang beriman.

    Dari segmen sama..
    http://ibuberbicara.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    ReplyDelete
  10. salam kunjungan balas...
    done follow sini

    ReplyDelete
  11. Done! saya datang berkunjung... jom follow me back http://zzqil.blogspot.com/2012/10/segmen-miz-ruha-lesen.html

    Amin--- semoga dia ditempatkan bersama orang yg beriman

    ReplyDelete
  12. Al-fatihah untuk kwan mama adam.. moga dia d tmpatkan dikalangan orng2 yng beriman..

    ReplyDelete
  13. al-fatihah. semoga R ditempatkan di kalangan org2 beriman di akhirat kelak.

    saya dtg balas kunjungan :)

    www.suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. al fatihah.. sabar r banyak2.. kalau dah ajal, memang tak dapat nak elak lagi.. hmm

    ReplyDelete
  15. Alfatihah semogah roh2 itu dipelihara baik

    ReplyDelete