1. Menyediakan peluang pekerjaan.
Penerokaan sumber hutan, mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan samada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya sebagai pembalak, pembawa lori balak dan pengendali jentolak. Kegiatan pembalakan juga mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang industri hiliran seperti pekerjaan di kilang papan dan kilang kertas.
Penerokaan sumber mineral seperti perlombongan bijih timah telah mewujudkan peluang pekerjaan sebagai pendulang timah. Manakala penemuan petroleum dan gas asli di luar perairan Terengganu, Sabah & Sarawak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sebagai jurutera petroleum, penggerudi minyak, dan pemandu lori tangki minyak.
2. Menyumbangkan pendapatan eksport kepada negara.
Hasil pembalakan seperti kayu balak, kayu gergaji, dan papan lapis mendapat permintaan tinggi dari negara luar terutamanya dari Jepun dan Singapura.
Begitu juga dengan hasil petroleum dan gas asli dieksport ke negara Singapura.
3. Membuka Petempatan Baru
Penerokaan hutan mewujudkan bandar baru seperti Sandakan di Sabah dan Temerloh di Pahang.
Penerokaan petroleum telah mengubah perkampungan nelayan menjadi bandar baru seperti Kerteh, Bintulu (gas asli), Miri dan Lutong.
Begitu juga dengan perlombongan bijih timah telah mengubah petempatan perlombongan cina menjadi bandar seperti Ipoh dan Taiping di Perak, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan.
4. Pembangunan Insfrustruktur
Setiap penerokaan kawasan, akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Kemudahan perhubungan juga disediakan seperti pejabat pos dan telefon.
Jalan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan keretapi juga diadakan untuk menghubungkan kawasan penerokaan dengan kawasan perindustrian atau pelabuhan.
5. Bahan mentah
Penerokaan sumber mineral seperti petroleum telah membangunkan industri petrokimia di Kerteh dan Miri kerana telah menyediakan bahan mentah iaitu petroleum kepada industri-industri ini. Contohnya industri membuat cat, plastik dan farmaseutikal.
Begitu juga dengan kegiatan pembalakan telah membekalkan bahan mentah kepada industri hiliran seperti kilang papan, kilang perabut dan kilang kertas.
kalau kepentingan sumber kepada malaysia dari segi alam sekitar pula
ReplyDeleteklu kepentingn sumber kpada pembangunan sosial pula ?
ReplyDeletepadu jawapan mu bosku
ReplyDeleteTibe
ReplyDeleteNgam2 lima..
ReplyDeleteBoek la
ReplyDeleteTq amat berguna
ReplyDeleteokay thanks so much
ReplyDeleteThank You !
ReplyDeleteKepentingan sumber tidak boleh baharu ?
ReplyDeleteThank you so much, masalah saya sudah selesai.😊☺️
ReplyDeletetqq
ReplyDeletethank you sangat sangat! membantu saya buat homework
ReplyDeleteTq for the information
ReplyDeletevery good ^____^
ReplyDeleteApakah kepentingan sumber petroleum kepada pembangunan negara malaysia?
ReplyDeleteApakah kepentingan sumber petroleum kepada pembangunan negara malaysia?
ReplyDeleteApakah kepentingan sumber petroleum kepada pembangunan negara malaysia?
ReplyDeleteApa kepentingan sumber dan marik kepada pembangunan negara
ReplyDeleteapakah kepentingan sumber air
ReplyDeleteWahai pelajar2 yang dikasihi dan dihormati,
ReplyDeleteSumber petroleum, sumber air, sumber hutan, sumber haiwan adalah sumber semulajadi. Jadi kepentingannya adalah sama seperti di atas, cuma anda boleh bagi contoh mengikut sumber yang anda pilih.
TerimaKaish,TerimaKaish,TerimaKaish,TerimaKaish sangat sangat bergunaaaa >_<
ReplyDeleteTerimaKasih* maaf typo
DeleteBagaimana pula dengan kepentingan sumber semula jadi dalam pembangunan "ekonomi" di Malaysia m
ReplyDeleteCorrection:
ReplyDelete*Bagaimana pula dengan kepentingan sumber semula jadi dalam pembangunan ekonomi di Malaysia ?
Sama seperti di atas.
ReplyDeleteTerima kasih.Senang sikit saya nk buat pembentangan nanti
ReplyDeleteAda Google buat ape buku teks
ReplyDeleteterima kasih!
ReplyDelete