Hana dan Risya, pasangan kembar tidak seiras. Bukan rupa mereka sahaja
tidak sama, malahan sikap serta perwatakan mereka juga berbeza.
Risya adalah pelajar harapan sekolah manakala Hana digelar si dungu yang
hanya mahir dalam subjek yang melibatkan pengiraan. Kekurangan itu
menyebabkan dia tercampak ke kelas belakang sehingga dicemuh oleh
rakan-rakan Risya yang tidak pernah tahu bahawa kedua-dua beradik itu
adalah kembar.
Seorang di kelas atas dan seorang lagi di kelas bawah.
“Kalau semua buku yang dibaca selama ini pandai bercakap, mungkin mereka
marah saya asyik baca tetapi tidak faham-faham apa yang mereka cuba
sampaikan. Mungkin juga ini takdir saya, takdir si dungu” Hana.
Nak tahu lebih lanjut isi kandungan di dalam buku ini?
Dapatkan buku ini sekarang di: 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨, 𝐌𝐲 𝐓𝐰𝐢𝐧
No comments:
Post a Comment