Showing posts with label hutan. Show all posts
Showing posts with label hutan. Show all posts
Tuesday, August 6, 2019
Thursday, August 1, 2019
KELEBIHAN AKAR TUMBUHAN HUTAN HUJAN APABILA KEPUTUSAN AIR!
Tuesday, July 30, 2019
KELEBIHAN BANIR POKOK KAYU KERAS DI HUTAN HUJAN TROPIKA
Saturday, July 27, 2019
KELEBIHAN POKOK PAKU RESAM DI HUTAN HUJAN TROPIKA
KELEBIHAN AKAR BANIR POKOK HUTAN HUJAN TROPIKA
Tuesday, December 4, 2012
Ciri-ciri tumbuhan/hutan taiga/konifer/pokok tirus/boreal
| Gambar peta dari blog berikut : klik sini |
~ Pokok
berbentuk kon
~ Daun berbentuk jarum/tebal/liat/berlilin
~ Batang lurus (ciri yang sama dengan hutan hujan tropika!)
~ Kulit batang tebal / berdamar
~ Akar yang menular tidak jauh daripada
permukaan
~ Biji benih dalam kon yang keras
~ Tumbuhannya berkayu lembut
~ Spesis pokok kurang
~ Tumbuh-tumbuhannya jarang
~ Tumbuhannya bersifat dirian tulen
~ Malar hijau (ciri yang sama dengan hutan hujan tropika!)
Labels:
hutan
Wednesday, October 24, 2012
Hutan Hujan Tropika
Hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa merupakan hutan tertua dan meliputi 70% keluasan hutan di Malaysia. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai
ketinggian kurang daripada 1000 meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau
cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian
pedalaman Sabah dan Sarawak.
Lokasi Hutan hujan tropika boleh dilihat dalam peta dunia di bawah :
~Malar hijau : Mempunyai daunnya hampir seluruh masa!
Lokasi Hutan hujan tropika boleh dilihat dalam peta dunia di bawah :
![]() |
| Peta : Lokasi Hutan Hujan Tropika di dunia. |
Antara ciri-ciri utama hutan hujan tropika ialah
~4 lapisan yang nyata iaitu lapisan paling atas dipanggil renjong, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan lantai hutan.
Lapisan renjong atau emergen terdiri
daripada pokok-pokok yang sangat tinggi,iaitu melebihi 40
meter.Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari
yang mencukupi.Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang
berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang.
Lapisan kanopi ~ ketinggian pokok antara 20 hingga 40 meter.Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai ke lanyai hutan.
Lapisan tengah ~ pokok-pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter tinggi.Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit.Apakah perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epitif tumbuh di batang ,ranting,atau di daun pokok yang masih hidup.Contoh epitif ialah paku tanduk lapisan tengah .Tumbuh -tumbuhan ini bergantung pada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.

Lapisan bawah atau lantai hutan ~ pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan
seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didapati
di lapisan ini.Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana
kurang mendapat cahaya matahari.
~Berakar banir : Menyokong pokok daripada tumbang!
| Akar Banir |
~Malar hijau : Mempunyai daunnya hampir seluruh masa!
![]() |
| Batang lurus dan Tinggi |
~ Pokok Tinggi dan berbatang lurus : Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok!
~ Pelbagai spesies pokok kayu keras : Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan
bermutu tinggi seperti meranti,cengal,merbau,balau,dan seraya. Spesies ini tumbuh bercampur-aduk dalam kawasan hutan hujan tropika.
Labels:
hutan
Saturday, October 20, 2012
Ekosistem Tumbuh-tumbuhan Semulajadi
![]() |
| Gambar dari En Google |
Ekosistem hutan dibahagikan kepada 2 komponen utama iaitu
1. Biotik ~ Komponen benda hidup seperti tumbuhan (pengeluar), bakteria (pengurai), dan haiwan
2. Abiotik ~ Komponen bukan hidup seperti cahaya matahari, tanah, air dan udara.
Kumpulan haiwan pula dapat dibahagikan kepada 3 iaitu
1. Herbivor ~ Haiwan yang memakan tumbuhan sahaja seperti gajah, rusa, arnab dan kelawar.
2. Karnivor ~ Haiwan yang memakan daging seperti singa, ular, harimau dan serigala.
3. Omnivor ~ Haiwan yang memakan tumbuhan dan daging seperti burung, kucing hutan dan beruang.
Labels:
hutan
Wednesday, October 17, 2012
Langkah-langkah Pemuliharaan Hutan
Pemuliharaan hutan dan hidupan liar ialah usaha yang diambil bagi memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan hidupan liar yang diancam kepupusan.
1. Penghutanan semula
~Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok-pokok ini matang dan boleh ditebang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.
~Lokasi : Grik (Perak), Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Sandakan dan Ranau (Sabah), Miri dan Bintulu (Sarawak).
2. Ladang hutan
~Dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta. Pokok ditanam adalah jenis yang cepat matang, tahan serangan penyakit dan bermutu tinggi seperti pain, jati dan sentang.
~Lokasi : Jeli & Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis , Bentong & Jerantut (Pahang), Sandakan & Tambunan (Sabah), Miri (Sarawak).
3. Pengurusan Hutan Secara Lestari
~Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam pengurusan hutan secara lestari ialah
i) mengurangkan kadar pembalakan tahunan dengan menghadkan kuota lesen membalak
ii) Penebangan secara terpilih bagi memastikan pokok matang sahaja ditebang
iii) Rawatan Silvikultur dilakukan bagi memastikan pokok tumbuh tanpa penyakit.Dengan ini mutu balak bertambah baik

iv) Penanaman pokok balak dijalankan setelah kegiatan pembalakan selesai
4. Penyelidikan Hutan
~dijalankan oleh FRIM dan UPM
~Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik
~FRIM bersama-sama pakar dari Jerman, Britain & Jepun menghasilkan Pelan Tindakan Hutan Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar.
~Lokasi : Kepong (Selangor), Lembah Danum (Sabah)

Tuesday, October 16, 2012
Langkah-langkah Pemeliharaan Untuk Mengekalkan Sumber Hutan
Memandangkan kemusnahan hutan yang serius, hutan yang ada kini perlulah dipelihara atau dipulihara jika telah ditebang. Antara langkah pemeliharaan hutan yang boleh dijalankan ialah
1. Mewartakan hutan simpan
~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.

2. Mewujudkan
taman negara
~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.
Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak).
3. Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang.
~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.
~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.
4. Pendidikan Alam Sekitar
~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
5. Kempen Alam Sekitar
~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.

Sunday, September 9, 2012
Peranan Pokok Bakau
Pokok bakau memainkan peranan penting bagi ekosistem hutan pinggir laut/pantai. Antara kepentingan pokok bakau ialah :
~habitat hidupan akuatik seperti ikan belacak, ketam nipah dan udang kara. Juga buaya!
~habitat hidupan darat seperti kera/beruk, kelawar dan burung berhijrah untuk bertelur dan berehat.
~penampan hakisan ombak
~pemampan tsunami
~melindungi pantai daripada dihakis
~menghasilkan pantai baru
~arang kayu yang digunakan untuk menyalai ikan atau getah
~sumber kayu balak untuk dijadikan ceracak bangunan kerana tahan
~membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida melalui proses fotosintesis
Sumber : Wikipedia : Pokok Bakau
Labels:
hutan
Tuesday, August 28, 2012
Aktiviti manusia yang boleh mengganggu ekosistem hutan
Dalam mengejar pembangunan fizikal dan kemajuan negara, sedikit sebanyak telah membawa kesan negatif terhadap ekosistem hutan. Antara aktiviti manusia yang boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem hutan ialah :
~ kegiatan pembalakan yang berleluasa dan tidak terkawal
~ kegiatan pertanian/ pertanian pindah
~ pembinaan jalan raya / pengangkutan
~ pembinaan petempatan
~ kegiatan pelancongan
~ kegiatan perlombongan
~ pembinaan empangan yang menyebabkan hutan ditenggelamkan dan haiwan terpaksa dipindahkan
~ kebakaran hutan
Kebanyakan aktiviti manusia ini telah membawa kesan terhadap alam sekitar. Oleh itu, setiap pembangunan yang dirancang mestilah bercorak lestari supaya alam sekitar terpelihara.

Tuesday, August 14, 2012
Kepentingan tumbuh-tumbuhan terhadap alam sekitar dan manusia
Kegiatan pembalakan yang berleluasa, pembangunan petempatan dan pembinaan insfrastruktur telah menyebabkan khazanah alam iaitu hutan diancam kepupusan. Ramai yang tidak menyedari, hutan amat penting kepada alam sekitar dan hidupan termasuklah manusia. Antara kepentingan hutan ialah :
~membekalkan oksigen
~menyerap gas karbon dioksida
~menyederhanakan suhu bumi
~mengelakkan kejadian tanah runtuh/hakisan tanah
~menyediakan kawasan tadahan air
~habitat haiwan dan manusia
~membekalkan sumber makanan
~membekalkan nutrien kepada tanah
~sumber kayu balak
~menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang pembalakan/perhutanan
Memandangkan sumbangan hutan yang besar ini, sepatutnyalah hutan dipelihara dengan baik. Sama-samalah kita menjaga khazanah alam yang tidak ternilai ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)