Followers

Showing posts with label pembandaran. Show all posts
Showing posts with label pembandaran. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Langkah mengatasi kesan pembandaran

Antara langkah-langkahnya ialah :

~ menambah kawasan hijau untuk menyerdehanakan suhu
~ pasang alat penapis asap untuk merawat asap kilang.
~ kongsi kereta untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan pengeluaran asap kenderaan.
~ merawat air supaya dapat digunakan semula untuk kegunaan bandaran dan industri.
~ membaiki sistem perparitan seperti membina SMART TUNNEL untuk laluan air ketika hujan lebat bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.
~ penggunaan petrol tanpa plumbum bertujuan mengurangkan masalah pencemaran udara.
~ pemasangan alat catalitic converter pada engin. Alat ini berfungsi sebagai penapis asap ekzos. 
~ Kuat kuasa undang-undang seperti denda dan saman bagi pengilang yang menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran air. Juga tindakan saman oleh pihak JPJ terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti pengeluaran asap hitam yang mencemarkan udara.
~ Pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Juga melalui persatuan atau kelab seperti MNS dan WWF.
~ Kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Contohnya MNS dan WWF yang menjalankan kempen, seminar dan ceramah bagi menyedarkan masyarakat pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.
~ Amalan kitar semula bahan buangan seperti kertas suratkhabar, kotak dan botol kaca.
~ Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT.
~ Wujudkan bandar baru/bandar satelit bagi mengurangkan kesesakan penduduk di pusat bandar. Contohnya Petaling Jaya dan Subang Jaya.
~ Pindah kilang ke pinggir bandar dan wujudkan zon penampang bertujuan mengurangkan pencemaran udara.   

Tuesday, July 23, 2013

Kesan pembandaran terhadap alam sekitar

Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah :

1.Pencemaran Alam Sekitar.

   i) Pencemaran Air
       Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.

   ii) Pencemaran Udara
       Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.

   iii) Pencemaran Bunyi
       Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.

2) Fenomena Cuaca
    i) Hujan Asid
       Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan.

    ii) Penipisan Lapisan Ozon
        Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.

    iii) Pulau Haba
        Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru.  Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya. 

    iv) Kesan Rumah Hijau
        Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.

     v) Banjir kilat
        Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat!

3) Kemusnahan hutan
    i) Kepupusan flora
    ii) Kepupusan fauna
   iii) Kemusnahan habitat flora
   iv) Kemusnahan habitat fauna
   vi) Perubahan landskap
   

Sunday, May 26, 2013

Faktor Mempengaruhi Pembandaran di Malaysia

Antara faktor-faktornya ialah :

1. Tanah pamah yang rata dan luas

~Memudahkan pembinaan bandar seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
~Memudahkan pembinaan kilang seperti di Gebeng, Kuantan dan Teluk Kalong, Terengganu.

2. Banyak peluang pekerjaan

~ Dari sektor pembuatan atau pelbagai kegiatan ekonomi (perdagangan/perniagaan) yang menggalakkan kemasukan buruh/pekerja/penduduk  ke bandar besar seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Pulau Pinang (Seberang Perai) dan Johor Bahru (Pasir Gudang).

3. Banyak sumber mineral 

~ Perlombongan bijih timah menyebabkan wujudnya bandar Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur.
~ Perlombongan petroleum menyebabkan wujudnya bandar baru Kerteh, Miri dan Bintulu (gas asli)

4. Banyak pusat pendidikan

~ Pembukaan IPTA dan IPTS mewujudkan bandar baru.
~ Contohnya UKM menyebabkan berkembangnya Bandar Baru Bangi, UUM pula mewujudkan bandar Sintok di Jitra, Kedah dan UPSI menggalakkan pembandaran di bandar Tanjung Malim, Perak.   

5. Kemudahan kesihatan

~ Kemudahan kesihatan iaitu hospital pakar seperti Institusi Jantung Negara (IJN) dan Pusat Kanser Negara (MAKNA) banyak terletak di bandar besar. Ini menggalakkan tumpuan penduduk untuk menikmati perkhidmatan perubatan ini.

6. Dasar Kerajaan

~ peranan kerajaan mewujudkan bandar baru dengan fungsi tertentu juga menggalakkan pembandaran di Malaysia.
~ Contohnya bandar Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran negara dan bandar Cyber Jaya sebagai bandar mutimedia negara.

7. Pertumbuhan penduduk tinggi

~ Kadar kelahiran tinggi
~ Taraf kesihatan baik

8. Perkembangan sektor pelancongan

~ Banyak lokasi pelancongan yang menarik tumpuan penduduk
~ Pelbagai kemudahan insfrastruktur disediakan menyebabkan lokasi pelancongan berubah wajah menjadi bandar seperti Melaka.

9. Kemudahan pengangkutan banyak/ ketersampaian tinggi 

~ Pembinaan jalan raya/lebuh raya meningkatkan mobiliti penduduk
~ Contoh : PLUS menghubungkan bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan LPT pula menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat melalui Lebuh raya Karak.


Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...