Followers

Wednesday, October 17, 2012

Langkah-langkah Pemuliharaan Hutan

Pemuliharaan hutan dan hidupan liar ialah usaha yang diambil bagi memulihkan kawasan hutan yang telah musnah dan hidupan liar yang diancam kepupusan.

1.   Penghutanan semula
      ~Pokok jati dan pain ditanam di kawasan yang telah dibalak. Pokok-pokok ini matang dan boleh ditebang dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.
      ~Lokasi : Grik (Perak), Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Sandakan dan Ranau (Sabah), Miri dan Bintulu (Sarawak).

2.   Ladang hutan
      ~Dijalankan oleh kerajaan dan pihak  swasta. Pokok ditanam adalah jenis yang cepat matang, tahan serangan penyakit dan bermutu tinggi seperti pain, jati dan sentang.
      ~Lokasi : Jeli & Gua Musang (Kelantan), Kuala Lipis , Bentong & Jerantut (Pahang), Sandakan & Tambunan (Sabah), Miri (Sarawak).

3. Pengurusan Hutan Secara Lestari
    ~Ciri-ciri yang dititikberatkan dalam pengurusan hutan secara lestari ialah
i)   mengurangkan kadar pembalakan tahunan dengan menghadkan kuota lesen membalak
ii)  Penebangan secara terpilih bagi memastikan pokok matang sahaja ditebang
iii) Rawatan Silvikultur dilakukan bagi memastikan pokok tumbuh tanpa penyakit.Dengan ini mutu balak bertambah baik
 iv) Penanaman pokok balak dijalankan setelah kegiatan pembalakan selesai

4. Penyelidikan Hutan
    ~dijalankan oleh FRIM dan UPM
    ~Penyelidikan dijalan untuk mencari kaedah pengurusan dan pemuliharaan hutan yang baik
    ~FRIM bersama-sama pakar dari Jerman, Britain & Jepun menghasilkan Pelan Tindakan Hutan Tropika bertujuan melindungi hutan hujan tropika dan hidupan liar.
    ~Lokasi : Kepong (Selangor), Lembah Danum (Sabah)        

Tuesday, October 16, 2012

Langkah-langkah Pemeliharaan Untuk Mengekalkan Sumber Hutan

Memandangkan kemusnahan hutan yang serius, hutan yang ada kini perlulah dipelihara atau dipulihara jika telah ditebang. Antara langkah pemeliharaan hutan yang boleh dijalankan ialah



1.   Mewartakan hutan simpan 
      ~Hutan merupakan warisan semulajadi yang berharga dan perlu dilindungi. Pembalakan, pemburuan dan sebarang pembangunan tidak dibenarkan di kawasan hutan simpan. Contoh : Hutan Simpan Lembah Danum di Sabah dan Hutan Simpan Lembah Belum di Perak.
2.   Mewujudkan taman negara 
      ~Taman-taman negara telah diwartakan sejak tahun 1939 lagi.
Contoh : Taman Negara (sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang), Taman Negara Endau Rompin (sempadan Pahang dan Johor), Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Crocker dan Taman Negara Tawau (Sabah), Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah (Sarawak).

3.  Mengawal Kegiatan Pembalakan Haram/Penguatkuasaan Undang-undang.
     ~Pembalakan haram diawasi melalui udara menggunakan helikopter dan gambar/foto udara. Pembalak haram yang ditangkap dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.  
     ~Pemantauan di udara bukan sahaja dapat mengesan  kegiatan pembalakan haram tetapi juga dapat mengawal kegiatan pertanian pindah yang dijalankan oleh orang-orang asli. Kejadian kebakaran hutan juga dapat dipantau melalui penggunaan helikopter.

4.  Pendidikan Alam Sekitar
     ~Bertujuan menanam rasa prihatin masyarakat terhadap hutan. Diharap kerosakan hutan dapat dikurangkan. Antara mata pelajaran yang menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar ialah Kajian Tempatan, Geografi dan Sains. Melalui kelab/persatuan juga boleh memainkan peranan ini, contohnya Persatuan Pencinta Alam (MNS) yang bergiat aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 

5.  Kempen Alam Sekitar 
     ~ Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF turut memainkan peranan aktif dalam menyedarkan masyarakat melalui aktiviti seperti kempen, ceramah dan seminar. Antara kempen yang dijalankan Hari Bumi atau Earth Day yang disambut pada 22 April setiap tahun.
   
       

Monday, October 15, 2012

Segmen Miz Ruha/Lesen

 Segmen seterusnya yang aku nak join ialah segmen Miz Ruha/Lesen. Tarikh tutupnya : 19 Oktober,2012, jam 5 petang. Masih sempat nak join, klik aje banner di bawah...



 Ceritanya bermula 25 tahun dulu....

Ketika itu aku masih lagi menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia di tahun akhir. Aku ada seorang kawan yang sudah bersuami mempunyai seorang anak perempuan. Kawan aku ini, aku panggil R. Suatu petang tu, si R ni ajak aku naik motorsikal ronda-ronda seluruh kampus dan tujuan sebenarnya melihat anaknya yang dijagai oleh isteri pengawal  di kuarters jaga (kalau tak salah akulah, ingat-ingat lupa sebabnya, almaklum sudah 20 tahun lebih peristiwa ini berlaku!). 

Tapi yang aku tak boleh lupa cara si R ni bawa motor...kecut perut aku dibuatnya! Laju berdecun, kata orang ganu! Aku peluk pinggang si R ni kuat-kuat ketika tiba bab corner/selekoh...si R ni pun perasan. Aku kata, "tobat, lepas ni aku tak kan naik motor lagi!" Dalam hati, aku terdetik "Ada lesen ke dok si R ni bawa motor...macam tak dok lesen je gayanya!"

Kisah si R ni tak habis di situ je...

Kini si R sudah tiada bersamaku....dia telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau telah kembali ke rahmatullah dalam usia mudanya 25 tahun. Beliau meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di London, England. Aku difahamkan si R memandu kereta ketika kemalangan itu. Apa yang aku terkilan, 6 bulan sebelum pemergian R, aku menerima sepucuk surat daripada R menyatakan banyak perkara nak dikongsi bersamaku bila R pulang dari England.

Itulah ketentuan Ilahi...kita merancang Allah menentukan. Apa yang ingin R kongsikan menjadi tanda tanya buatku sampai bila-bila....

Semoga roh R ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.....amin.

Setiap kali melihat lesen memanduku, akan terbayang kisah si R ini yang menyebabkan aku melarang anak-anakku mengambil lesen motor! Ambil lesen kereta lebih selamat! 

Sunday, October 14, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Meriah sungguh dunia blogging
Penuh dengan segmen itu dan ini
 Aku pun nak join seiring
Segmen Berpantun Mialiana,com ini


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju2ki1Sn7cwgFFXXIVWZVVfzl1CMHVLSRIV9RLVeoEP7Ie0OUYGh9bUwZLMzdslWLcMN8L-eAy6K2hD5IgtkkYeEldxhv-tUzB_E1stzU94fnBefC4fbVsO-nEI10Y_aFZC8C-ufcB74A/s1600/segmenmialiana_pantun.gif 

Tarikh tutupnya tak lama lagi,
 Iaitu esok tarikh akhirnya,
Jadi apa ditunggu lagi,
Kliklah banner di atas sertai bersama!

 Si Mia Liana menjual pantunnya,
Sebagai syarat penyertaannya,
Jadi kenalah aku menjawab pantunnya,
Sebagai tanda persetujuan terima syaratnya!

Inilah dia pantun jualan si Mia Liana,
Berwarna biru cantik sekali,
Pantun balasan dari ku penuh makna,
Merah menyala menyerlah sekali!

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
   

Bunga dipuja bunga seroja
Diselit berseri di baju kebaya
Panggilan manja teratai saja
Hanya dikenal di alam maya

Si anak memanggil ibunya mama
Si ibu yang tidur terus terjaga
Sudah ada anak lima
Itu bermakna sudah berkeluarga!

Cantik sungguh berkebaya nyonya
Diigayakan pula si anak dara
Sudah berkerjaya berpuluh tahunnya
Menunggu masa untuk bersara!

Waktu malam sejuknya sayang
Waktu siang panas berbahang
Asalnya dari negeri ulit mayang
Kini merantau ke negeri Pahang.

Lemah lembut bersopan santun
Berjalan bagai semut tak mati
Selesai sudah segmen berbalas pantun
Moga si Mia Liana berkenan di hati!

Latihan : Gerakan Jisim




 Berdasarkan rajah di atas:

(a) Namakan jenis gerakan jisim X :…………………………………………….(1 markah)


(b) Nyatakan tiga kegiatan manusia yang menyebabkan berlakunya gerakan jisim X.

      (i).....................................................................................................................

      (ii).....................................................................................................................

      (iii)....................................................................................................................
                                                                                                            (3 markah)


(c) Terangkan empat langkah yang dilakukan untuk mengatasi kejadian gerakan
      jisim   X

      (i).....................................................................................................................

      (ii).....................................................................................................................

      (iii)....................................................................................................................

      (iv)...................................................................................................................
                                                                                                            (4 markah)


(d) Nyatakan dua kesan kepada kawasan sekitar akibat kejadian gerakan jisim X

      (i).....................................................................................................................

      (ii).....................................................................................................................
                                                                                                            (2 markah)
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...