Hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa merupakan hutan tertua dan meliputi 70% keluasan hutan di Malaysia. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai
ketinggian kurang daripada 1000 meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau
cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian
pedalaman Sabah dan Sarawak.
Lokasi Hutan hujan tropika boleh dilihat dalam peta dunia di bawah :
 |
| Peta : Lokasi Hutan Hujan Tropika di dunia. |
Antara ciri-ciri utama hutan hujan tropika ialah
~4 lapisan yang nyata iaitu lapisan paling atas dipanggil renjong, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan lantai hutan.
Lapisan renjong atau emergen terdiri
daripada pokok-pokok yang sangat tinggi,iaitu melebihi 40
meter.Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari
yang mencukupi.Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang
berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang.
Lapisan kanopi ~ ketinggian pokok antara 20
hingga 40 meter.Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh dengan rapat dan
membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai
ke lanyai hutan.
Lapisan tengah ~ pokok-pokok yang
sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter tinggi.Tumbuh-tumbuhan
yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit.Apakah
perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epitif tumbuh di
batang ,ranting,atau di daun pokok yang masih hidup.Contoh epitif ialah
paku tanduk lapisan tengah .Tumbuh -tumbuhan ini bergantung pada pokok
besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.
Lapisan bawah atau lantai hutan ~ pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan
seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didapati
di lapisan ini.Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana
kurang mendapat cahaya matahari.
~Berakar banir : Menyokong pokok daripada tumbang!
 |
| Akar Banir |
~
Malar hijau : Mempunyai daunnya hampir seluruh masa!
 |
| Batang lurus dan Tinggi |
~ Pokok Tinggi dan berbatang lurus : Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok!
~ Pelbagai spesies pokok kayu keras : Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan
bermutu tinggi seperti meranti,cengal,merbau,balau,dan seraya. Spesies ini tumbuh bercampur-aduk dalam kawasan hutan hujan tropika.