Followers

Sunday, June 30, 2013

Jerebu

Jerebu merupakan satu fenomena cuaca akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara punca-punca berlakunya jerebu ialah

1. Pembakaran terbuka.

Pembakaran ladang-ladang kelapa sawit di Riau dan selatan Sumatera telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk bagi negara Malaysia terutamanya di Muar dan Ledang di Johor. 

2. Pelepasan asap kilang.

Pelepasan asap kilang juga menyebabkan kejadian jerebu terutamanya di kawasan perkilangan kelapa sawit dan getah.

3. Pelepasan asap dari stesen jana kuasa elektrik terma

Asap yang dilepaskan dari stesen jana kuasa elektrik terma yang menggunakan bahan api gas asli, petroleum dan arang batu juga cenderung menyebabkan jerebu. Contohnya di Paka, Terengganu yang menggunakan gas asli sebagai bahan bakarnya telah menyebabkan kejadian jerebu.

4. Pelepasan asap kenderaan.

Peningkatan kenderaan bermotor seperti bas, lori dan kereta di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur juba boleh membawa kepada kejadian jerebu. Pengangkutan awam seperti bas dan lori yang menggunakan minyak diesel telah melepaskan asam hitam yang cenderung mencemarkan udara dan jerebu.

5. Pembakaran terbuka dari sektor rumah tangga.

Sikap sesetengah penduduk yang sering membakar sampah sarap dan daun-daun kering, juga menyumbang kepada kejadian jerebu.

6. Pembakaran jerami oleh petani padi sawah.

Setelah selesai musim menuai, kebanyakkan petani membakar jerami dengan tujuan menyuburkan tanah. Tetapi tindakan ini boleh membawa kepada kejadian jerebu.

7. Pembakaran hutan.

Pembakaran hutan sama ada secara sengaja atau tidak, telah menyebabkan pencemaran udara dan jerebu yang teruk. Kita dikejutkan dengan berita kebakaran hutan yang mengorbankan nyawa manusia dan memusnahkan hutan dalam skala yang besar akibat kecuaian manusia seperti membuang puntung rokok atau tidak memadamkan api memasak di kawasa perkhemahan. Keadaan bertambah teruk dengan cuaca kemarau yang melanda kini.

Berikut adalah nilai IPU untuk kualiti udara :

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

link : Jerebu - Wikipedia Bahasa Melayu

Saturday, June 29, 2013

Ikan singgang


Musim jerebu ini, ramai betul orang tak sihat jadi selera makan pun terjejas! Termasuklah anak-anakku yang batuk dan selsema. Nak masak yang pedas-pedas kasihan pula rasanya. Jadi masak ajelah ikan singgang yang masam-masam sikit supaya bertambah selera makan mereka. Ikan singgang ini mudah aje cara memasaknya.

Bahan utama ~ 1 ekor ikan aye (tongkol)

Bahan kuah :
4 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar (merah)
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
4 keping asam gelugur
Air secukupnya.

Cara masak : Satukan semua bahan + garam +gula secukup rasa. Bila mendidih matikan api. Siap untuk dimakan bersama-sama nasi putih dan ikan goreng/ayam goreng.

Thursday, June 6, 2013

Project C




Pasti ramai tertanya-tanya apa itu project C ini. Sebenarnya saya pun tak tahu apa dia! Kita diminta meneka apakah project C ini. Hadiah yang disediakan juga lumayan jika meneka dengan tepat iaitu melebihi RM100,000. Jom kita meneka beramai-ramai. Rajin-rajinlah klik iklannya (seperti gambar di atas) untuk meneka.

Mana tahu bertuah...boleh menang! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu...jadi tak salah meneka, betul tak!

Sunday, May 26, 2013

Faktor Mempengaruhi Pembandaran di Malaysia

Antara faktor-faktornya ialah :

1. Tanah pamah yang rata dan luas

~Memudahkan pembinaan bandar seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
~Memudahkan pembinaan kilang seperti di Gebeng, Kuantan dan Teluk Kalong, Terengganu.

2. Banyak peluang pekerjaan

~ Dari sektor pembuatan atau pelbagai kegiatan ekonomi (perdagangan/perniagaan) yang menggalakkan kemasukan buruh/pekerja/penduduk  ke bandar besar seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Pulau Pinang (Seberang Perai) dan Johor Bahru (Pasir Gudang).

3. Banyak sumber mineral 

~ Perlombongan bijih timah menyebabkan wujudnya bandar Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur.
~ Perlombongan petroleum menyebabkan wujudnya bandar baru Kerteh, Miri dan Bintulu (gas asli)

4. Banyak pusat pendidikan

~ Pembukaan IPTA dan IPTS mewujudkan bandar baru.
~ Contohnya UKM menyebabkan berkembangnya Bandar Baru Bangi, UUM pula mewujudkan bandar Sintok di Jitra, Kedah dan UPSI menggalakkan pembandaran di bandar Tanjung Malim, Perak.   

5. Kemudahan kesihatan

~ Kemudahan kesihatan iaitu hospital pakar seperti Institusi Jantung Negara (IJN) dan Pusat Kanser Negara (MAKNA) banyak terletak di bandar besar. Ini menggalakkan tumpuan penduduk untuk menikmati perkhidmatan perubatan ini.

6. Dasar Kerajaan

~ peranan kerajaan mewujudkan bandar baru dengan fungsi tertentu juga menggalakkan pembandaran di Malaysia.
~ Contohnya bandar Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran negara dan bandar Cyber Jaya sebagai bandar mutimedia negara.

7. Pertumbuhan penduduk tinggi

~ Kadar kelahiran tinggi
~ Taraf kesihatan baik

8. Perkembangan sektor pelancongan

~ Banyak lokasi pelancongan yang menarik tumpuan penduduk
~ Pelbagai kemudahan insfrastruktur disediakan menyebabkan lokasi pelancongan berubah wajah menjadi bandar seperti Melaka.

9. Kemudahan pengangkutan banyak/ ketersampaian tinggi 

~ Pembinaan jalan raya/lebuh raya meningkatkan mobiliti penduduk
~ Contoh : PLUS menghubungkan bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan LPT pula menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat melalui Lebuh raya Karak.


Tuesday, May 14, 2013

Contoh pelamin

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...