Followers

Thursday, December 15, 2011

Tip-tip nak dapatkan BE dari Nuffnang

Ramai blogger meletakkan iklan nuffnang dalam blog masing-masing. Tujuannya ialah sebagai mendapatkan pendapatan sampingan semasa berblog. Jadi di sini saya cuba memberi tip bagaimana nak mendapatkan BE dari Nuffnang. Ikuti langkah-langkahnya;

1. Klik Biodata Blogger > Tinjauan Biodata Blogger

2. Tulis tentang :

i - Apakah pekerjaan anda~ masukkan maklumat itu, ya!

ii - Apakah hobi anda ~ ini bahagian PENTING. Ceritakan kenapa anda suka blogging!

iii - Apakah perkara yang anda boleh beritahu tentang tujuan setiap blog anda?
(Sila jelaskan secara spesifik yang mungkin. Contoh: "saya gemar blog tentang membeli-belah/kasut/bola sepak") ~ bahagian AMAT PENTING. Cerita tentang kriteria istimewa blog anda, bersama unik (jumlah pengunjung) yang memasuki blog anda dan jumlah pageviews. Lagi tinggi bilangan unik dan pageviews lagi baik, sebab blog kita akan dipilih oleh penaja untuk meletakkan iklan mereka. Pengunjung yang masuk ke blog kita akan dibayar oleh penaja ini tanpa perlu diklik.

3. Tekan Hantar.

Dengan tip ini, harap dapat membantu blogger2 mendapatkan BE dan pendapatan dari Nuffnang!
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...