Perkhidmatan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Antaranya ialah :
~Mengangkut barangan - Perkhidmatan bas ekspress juga mengangkut barang seperti bungkusan akhbar/majalah dan barang-barang lain atas permintaan pelanggan untuk dihantar ke destinasi yang diingini.
~Mengurangkan kesesakan - Perkhidmatan kereta api elektrik seperti LRT, Monorel, ERL dan Komuter di Kuala Lumpur telah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar itu.
~Ketersampaian - Pelancaran Bas Rapid Kuantan pada 1 Disember 2012, yang melibatkan 25 buah bas henti-henti meningkatkan darjah ketersampaian ke tiga laluan utama Fasa 1. Penerangan lengkap, sila ke link berikut : Jenis Pengangkutan
~Mengangkut penumpang - Seawal jam 6.00 hingga 6.30 pagi, perkhidmatan bas sekolah (tambang bulanan) dan bas Rapid Kuantan telah mengangkut penumpang yang terdiri dari pelajar sekolah dan pekerja.
~Pelancongan - Perkhidmatan beca di bandaraya Melaka menjadi satu tarikan pelancongan. Beca-beca dihiasi dengan cantik dan memberi perkhidmatan pemandu pelancong kepada pelancong samada pelancong dalam negeri atau luar negara.
~Perdagangan - Perkembangan pengangkutan awam juga telah meningkatkan kegiatan perdagangan di Malaysia. Contohnya perkhidmatan Mas Kargo telah meningkatkan perdagangan dengan negara Arab Saudi ketika musim haji. Ramai jemaah haji menggunakan khidmat Mas Kargo untuk menghantar buah kurma, air zam-zam dan permaidani yang dibeli di Mekah ke Malaysia.
~Sumber pendapatan - Perkhidmatan bas/van sekolah (tambang bulanan) yang mengenakan tambang antara RM100 hingga RM150 bagi seorang penumpang (pelajar) menjadi sumber pendapatan utama kepada pemilik bas/van sekolah.
~Peluang pekerjaan - Tidak dinafikan perkembangan pengangkutan awam seperti bas Rapid Kuantan telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar seperti bekerja sebagai pemandu bas ataupun atendan bas.
~Meningkatkan mobiliti penduduk - Kekerapan bas Rapid Kuantan mengunjungi laluan setiap 20 minit memudahkan penduduk untuk bergerak. Bas yang berhawa dingin juga lebih selesa.
~Menjimatkan masa - Laluan yang berjadual dan setiap 20 minit oleh bas Rapid Kuantan telah menjimatkan masa penduduk. Penduduk tidak perlu membazirkan masa menunggu lama sebagaimana sebelum ini, mereka terpaksa menunggu bas selama 1 jam.
~Menjimatkan kos - Kos juga lebih murah iaitu tambang sebanyak RM2.00 (orang awam) dan RM1.00 (pelajar sekolah/penuntut kolej/institusi pengajian tinggi) untuk semua laluan bas Rapid Kuantan amat berbaloi. Tambang ini akan beroperasi pada bulan April nanti, kini perkhidmatan bas Rapid Kuantan masih percuma semenjak perkhidmatan ini dilancarkan pada 1 Disember sehingga kini.
link-link yang berkaitan :
~kepentingan pengangkutan awam
~mengkaji kepentingan sistem pengangkutan
~Berita Harian Online : Pengangkutan Awam,Selesa Jimat Kos