Kegiatan ekonomi dapat dibahagikan kepada tiga bahagian atau sektor:
1. Sektor Primer
Sektor primer juga dikenali sebagai sektor tradisional. Bidang kegiatan ekonomi yang termasuk dalam sektor primer ialah pertanian, perikanan, perhutanan dan perlombongan. Sektor primer merupakan aktiviti yang mengeluarkan bahan mentah secara langsung daripada alam semulajadi tanpa mengubahsuai bentuk barang.
2. Sektor Sekunder
Sektor sekunder merangkumi kegiatan perindustrian. Secara lebih terperinci, sektor sekunder merupakan aktiviti ekonomi yang menukarkan bahan mentah yang dikeluarkan oleh sektor primer kepada barang separuh siap atau barang siap.
3. Sektor Tertier
Sektor tertier merupakan sektor ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan . Sektor tertier semakin penting bagi pembangunan sesebuah negara dan sumbangannya semakin besar.