Sunday, December 28, 2014
Bawal Masak Sweet Sour
Kelip-kelip kehidupan...: Bawal Masak Sweet Sour: Mula-mula tu ingat nak masak lauk ikan tenggiri. Tapi ubah kepada ikan bawal apabila si ayahnya membeli 5 ekor ikan bawal hitam. Saiznya sed...
Sunday, December 14, 2014
Senja di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Nama Pantai Batu Burok, bukanlah nama asing bagiku. Aku membesar di sini. Banyak kenangan indah terpahat dalam sanubariku bila berkunjung ke pantai ini. Tika pulang pada cuti sekolah baru-baru ini, aku berkunjung lagi ke pantai Batu Burok bersama-sama Wani, Ira dan Syu.
Sambil anak-anakku menyelusuri gigian air laut dengan desiran ombak yang memukul pantai, aku berlabuh di pinggiran pasir pantai halus bak sutera sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. MasyaAllah cantik sungguh alam ciptaanMU.
Ku lihat sepasang ibubapa sedang leka melayani sianak bermaian di pantaiMU. Bersyukurlah kerana masih mampu merasai keindahan ini!
Tertarik juga aku kepada lambaian layang-layang yang berewangan di langit biruMU. Begitu indah sekali.
Nun dikejauhan kelihatan seperti burung-burung sedang berterbangan di langit biruMU. Sempat aku merakamkan layang-layang burung ini apabila ia berterbangan berhampiran dengan tempat ku bersantai.
Kenangan indah kini tersemat indah disanubariku setiap kali aku dan anak-anak mengunjungi pantai ini. Terima Kasih Ya Allah!
Sambil anak-anakku menyelusuri gigian air laut dengan desiran ombak yang memukul pantai, aku berlabuh di pinggiran pasir pantai halus bak sutera sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. MasyaAllah cantik sungguh alam ciptaanMU.
Ku lihat sepasang ibubapa sedang leka melayani sianak bermaian di pantaiMU. Bersyukurlah kerana masih mampu merasai keindahan ini!
Tertarik juga aku kepada lambaian layang-layang yang berewangan di langit biruMU. Begitu indah sekali.
Nun dikejauhan kelihatan seperti burung-burung sedang berterbangan di langit biruMU. Sempat aku merakamkan layang-layang burung ini apabila ia berterbangan berhampiran dengan tempat ku bersantai.
Monday, December 1, 2014
Cuti Sekolah
Rabu, 25 November 2014
Aku, Wani, Ira dan Syu bertolak menuju ke Kuala Terengganu pada jam kira-kira 11 pagi. Alhamdulillah sepanjang perjalanan itu, berjalan lancar walaupun banyak kenderaan di jalan raya. Sepanjang perjalanan, aku asyik membaca ayat Qudsi memohon Allah lindungi perjalanan kami.
"Lapar tak?", tanya ku kepada Wani, Ira dan Syu setelah ku lihat jam menghampiri waktu 2 petang. Serentak dijawab oleh Ira dan Syu.."Lapar gok!". Ketika itu, kami sudah menghampiri Pantai Kelulut. Ternampak deretan kedai makan. "Ok, kita singgah sini", kataku, sambil aku memakirkan kereta di lot parking berhampiran.
"Eh...tak buka kedai lagi ke?" tertanya-tanya kami sekeluarga apabila terlihat banyak kedai tiada pelanggan dan pekedai pun macam tak sedia nak berniaga aje. Nasib baik dijawab persoalan tu oleh seorang makcik " masakan panas dah ada..duduklah dimana-mana meja", kata makcik itu.
Kami memilih meja yang menghadap ke laut. Indah sungguh pemandangan pantai Kelulut ini. MasyaAllah cantiknya ciptaanMU Ya Allah detik hatiku...ku abadikan beberapa keping gambar dengan telefon S 2 ku.
Usai menikmati nasi goreng kampung dan nasi goreng tomyam, kami meneruskan perjalanan ke destinasi kami iaitu rumah tokma di Kuala Terengganu. Kami tiba di rumah tokma kira-kira jam 3 petang.
Bersyukur kepadaMU kerana melindungi perjalanan kami ke rumah tok ma. Alhamdulillah.

Labels:
ceritaku
Wednesday, October 22, 2014
Bertambah-tambah CPUV dari Nuffnang
Alhamdulillah syukur yang amat dengan rezekiMU. Kali ini CPUV yang bertandang dan melekat di blog ini memang banyak ...12 semuanya (lihat gambar kat atas tu). Walaupun jumlahnya tak banyak, tapi adalah juga...
Saturday, September 13, 2014
Alhamdulillah dapat lagi rezeki dari nuffnang!
Bermula minggu ini, dapat 5 CPUV dari Nuffnang. Dua di blog ini, dan 3 lagi di blog kelip-kelip kehidupan.
Syukur yang amat kepada MU YA ALLAH kerana melimpahkan rezekiku dalam dunia berblogging ini.
Kepada pengunjung blogku ini, selain anda copy n paste bahan-bahan dari blog ini, kiranya sudi-sudikanlah mengklik iklan yang ada di blog ini. TQVM kepada yang sudi klik sini dan situ ya..... :)
Labels:
BE
Monday, June 9, 2014
Delta
Sumber Gambar Delta : Google |
1. Bentuk muka bumi di atas dinamakan Delta.
2. Bentuk muka bumi delta dapat ditemui di hilir atau muara sungai.
3. Delta terbentuk akibat aktiviti pemendapan sungai.
4. Empat faktor pembentukan delta ialah :
(a) Hakisan yang giat di hulu sungai.
(b) Keadaan pantai yang terlindung.
(c) Pantai tidak mengalami kejadian pasang surut yang ketara.
(d) Muara laut yang cetek.
5. Contoh Delta yang terkenal di dunia ialah :
(a) Delta Sungai Nil di Mesir.
(b) Delta Mekong di Vietnam.
6. Kawasan delta sesuai dengan kegiatan ekonomi pertanian kerana tanahnya yang subur.
Labels:
bentuk muka bumi,
delta
Tuesday, April 15, 2014
Jenis Batuan dan Proses Pembentukannya
Terdapat 3 jenis batuan :
1. Batuan Igneus.
Batuan Igneus terjadi apabila magma menyejuk dan membeku dalam lapisan mantel. Pembekuan di lapisan mantel ini, telah menghasilkan batu igneus rejahan yang membentuk bentuk muka bumi jalar dalam. Bentuk bumi jalar luar terbentuk apabila lava membeku di lapisan kerak bumi yang membentuk batuan igneus terobosan.
2. Batuan Enapan.
Batuan Enapan terbentuk apabila hidupan laut (kalkeria) dan tumbuhan yang telah mati dipadatkan dan mengalami proses penyimenan selapis demi selapis.
3. Batuan Metamorfosis (Batuan Jelmaan)
Apabila batuan igneus dan batu enapan terkena haba/suhu dan tekanan yang tinggi, batuan tersebut akan bertukar menjadi batuan lain (batuan metamorfosis).

batuan
Sunday, March 30, 2014
Sunday, March 16, 2014
Latihan Peta Topo
Berdasarkan keratan peta topo di atas, jawab soalan-soalan berikut :
a) _______________________
b)_______________________
2. Berdasarkan bukti peta, apakah faktor yang menggalakkan penanaman tanaman-tanaman tersebut.
a)______________________________________________________________________
b)______________________________________________________________________
c)______________________________________________________________________
d)______________________________________________________________________
e)______________________________________________________________________
Labels:
latihan
TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): PENOLAKAN PECAHAN
TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): PENOLAKAN PECAHAN: NOTA PENTING 1. Penolakan pecahan hanya boleh dilakukan jika pecahan-pecahan itu mempunyai penyebut yang sama. 2. Tolakkan semua pengangk...
Sila klik link atas untuk maklumat lebih lanjut!
Labels:
matematik
Sunday, March 2, 2014
TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): LATIHAN MENGANGGARKAN PUNCA KUASA DUA

Untuk banyak lagi tips, sila klik tajuk kat atas!
Labels:
matematik
Subscribe to:
Posts (Atom)