Pelajar-pelajar perlu mengedarkan borang soal selidik ini kepada 20 orang responden di kawasan kajian. Maklumat daripada borang soal selidik ini, boleh digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk jadual dan graf atau carta pai.
Wednesday, February 20, 2013
Tuesday, February 19, 2013
Soalan kerja kursus PSV 2013
Pelajar-pelajar boleh membuat pilihan tajuk untuk kerja kursus anda mulai sekarang!
Tuesday, February 12, 2013
Monday, February 11, 2013
Jenis Pengangkutan Awam
Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, terdapat satu jenis pengangkutan awam di kawasan kajian saya iaitu perkhidmatan bas.
Terdapat dua jenis perkhidmatan bas iaitu bas ekspres dan bas henti-henti (stage bus). Bas ekspres beroperasi di Terminal Makmur di Jalan Stadium manakala bas henti-henti beroperasi di Perhentian Bas Pasar, Jalan Stadium (Berhampiran Pasar Besar Kuantan).
Pada 1 Disember 2012,perkhidmatan bas Rapid Kuantan mula beroperasi di platform 1 dan 2 Terminal Makmur di Jalan Stadium. Pada fasa pertama ini, perkhidmatan bas Rapid Kuantan melalui 3 laluan iaitu
Laluan 1 dari Kolej Komuniti, Gambang ke Terminal Makmur, sejauh 49.4 km dengan 14 bas disediakan meliputi lokasi antara lainnya, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Lapangan terbang Sultan Hj Ahmad Shah, Taman TAS, Perkampungan Sungai Isap, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Laluan 2 dari Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota ke Teluk Chempedak, sejauh 18.4 km dengan tujuh (7) bas disediakan meliputi antara lainnya, Kompleks Penyayang, Taman Cenderawasih, Terminal Makmur, Kolej Antarabangsa IKIP, dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Laluan 3 dari Kompleks Mahkamah Kuantan, Bandar Indera Mahkota ke Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, sejauh 21 km dengan lapan (8) bas disediakan meliputi antara lainnya, Universiti Islam Antarabngsa Malaysia (UIAM), Kampus Perubatan di Bandar Indera Mahkota.
Sumber : khabar Pahang
Sumber : khabar Pahang
Labels:
kerja kursus geografi 2013,
pengangkutan
Saturday, February 9, 2013
Konsep Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan
yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk
perkhidmatan rel/kereta api dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi, beca dan sebagainya iaitu mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.
Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.
sumber : wikipedia ensiklopedia bebas
Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dan dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, pusat membeli-belah atau institusi pendidikan.
sumber : wikipedia ensiklopedia bebas
Labels:
kerja kursus geografi,
pengangkutan
Wednesday, February 6, 2013
Tajuk Kerja Kursus Geografi PMR 2013
Pelajar boleh mula membuat kajian tentang tajuk KKG ini. KKG ini bermula dari bulan Februari hingga Jun.
Labels:
kerja kursus geografi 2013,
pengangkutan
Saturday, February 2, 2013
Latihan : Graf Bar
Negara
|
Peratus Eksport
|
India
|
41
|
Pakistan
|
22
|
Belanda
|
19
|
Negara
lain
|
18
|
Eksport Minyak sawit Negara X pada tahun
2005
Berdasarkan jadual di atas, lukiskan
sebuah graf bar mudah untuk menunjukkan peratus eksport minyak kelapa sawit
Negara X pada tahun 2005 dengan menggunakan skala 1 cm mewakili 10 %
Cadangan jawapan :
i. Tajuk lengkap - 1
ii. Paksi X
mewakili negara - 1
iii. Paksi Y mewakili eksport - 1
iv. Plotan
/ bar -
4
v. Skala -
1
Max : 8
Labels:
latihan
Subscribe to:
Posts (Atom)