1. Menyediakan peluang pekerjaan.
Penerokaan sumber hutan, mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan samada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya sebagai pembalak, pembawa lori balak dan pengendali jentolak. Kegiatan pembalakan juga mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang industri hiliran seperti pekerjaan di kilang papan dan kilang kertas.
Penerokaan sumber mineral seperti perlombongan bijih timah telah mewujudkan peluang pekerjaan sebagai pendulang timah. Manakala penemuan petroleum dan gas asli di luar perairan Terengganu, Sabah & Sarawak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sebagai jurutera petroleum, penggerudi minyak, dan pemandu lori tangki minyak.
2. Menyumbangkan pendapatan eksport kepada negara.
Hasil pembalakan seperti kayu balak, kayu gergaji, dan papan lapis mendapat permintaan tinggi dari negara luar terutamanya dari Jepun dan Singapura.
Begitu juga dengan hasil petroleum dan gas asli dieksport ke negara Singapura.
3. Membuka Petempatan Baru
Penerokaan hutan mewujudkan bandar baru seperti Sandakan di Sabah dan Temerloh di Pahang.
Penerokaan petroleum telah mengubah perkampungan nelayan menjadi bandar baru seperti Kerteh, Bintulu (gas asli), Miri dan Lutong.
Begitu juga dengan perlombongan bijih timah telah mengubah petempatan perlombongan cina menjadi bandar seperti Ipoh dan Taiping di Perak, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan.
4. Pembangunan Insfrustruktur
Setiap penerokaan kawasan, akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik. Kemudahan perhubungan juga disediakan seperti pejabat pos dan telefon.
Jalan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan keretapi juga diadakan untuk menghubungkan kawasan penerokaan dengan kawasan perindustrian atau pelabuhan.
5. Bahan mentah
Penerokaan sumber mineral seperti petroleum telah membangunkan industri petrokimia di Kerteh dan Miri kerana telah menyediakan bahan mentah iaitu petroleum kepada industri-industri ini. Contohnya industri membuat cat, plastik dan farmaseutikal.
Begitu juga dengan kegiatan pembalakan telah membekalkan bahan mentah kepada industri hiliran seperti kilang papan, kilang perabut dan kilang kertas.
29 comments:
kalau kepentingan sumber kepada malaysia dari segi alam sekitar pula
klu kepentingn sumber kpada pembangunan sosial pula ?
padu jawapan mu bosku
Tibe
Ngam2 lima..
Boek la
Tq amat berguna
okay thanks so much
Thank You !
Kepentingan sumber tidak boleh baharu ?
Thank you so much, masalah saya sudah selesai.😊☺️
tqq
thank you sangat sangat! membantu saya buat homework
Tq for the information
very good ^____^
Apakah kepentingan sumber petroleum kepada pembangunan negara malaysia?
Apakah kepentingan sumber petroleum kepada pembangunan negara malaysia?
Apakah kepentingan sumber petroleum kepada pembangunan negara malaysia?
Apa kepentingan sumber dan marik kepada pembangunan negara
apakah kepentingan sumber air
Wahai pelajar2 yang dikasihi dan dihormati,
Sumber petroleum, sumber air, sumber hutan, sumber haiwan adalah sumber semulajadi. Jadi kepentingannya adalah sama seperti di atas, cuma anda boleh bagi contoh mengikut sumber yang anda pilih.
TerimaKaish,TerimaKaish,TerimaKaish,TerimaKaish sangat sangat bergunaaaa >_<
TerimaKasih* maaf typo
Bagaimana pula dengan kepentingan sumber semula jadi dalam pembangunan "ekonomi" di Malaysia m
Correction:
*Bagaimana pula dengan kepentingan sumber semula jadi dalam pembangunan ekonomi di Malaysia ?
Sama seperti di atas.
Terima kasih.Senang sikit saya nk buat pembentangan nanti
Ada Google buat ape buku teks
terima kasih!
Post a Comment