Followers

Wednesday, February 29, 2012

Jenis-jenis sumber



Dalam dunia, terdapat 3 jenis sumber (lihat rajah di atas). Namun yang utama ialah sumber semulajadi. Sumber semulajadi ialah sumber yang berfaedah kepada manusia. Contohnya sumber air, sumber hutan, sumber tanih, sumber cahaya matahari, haiwan, tumbuhan dan sumber mineral.

Tuesday, February 28, 2012

Format penulisan rujukan kerja kursus geografi

Berikut diberikan format yang betul menulis rujukan untuk kerja kursus geografi.





Sunday, February 26, 2012

Peta Kawasan Kajian Kerja Kursus Geografi

Berikut diberikan langkah-langkah untuk membina peta kawasan kajian dari google map ke microsoft office word :

1. Copy (tekan button  PrtSc SysRq di key board) dan paste peta kawasan kajian dari google maps widget yand diletakkan di sidebar blog ini ke microsoft office word.


2. Guna right click, tekan Show Picture Toolbar (lihat gambar bawah)


3. Kemudian akan tertera gambar di bawah, tekan crop untuk kecilkan gambar peta. 




4. Croplah peta anda sehingga selesai.





5. Inilah hasil peta yang telah dicrop.  Besarkan mengikut saiz yang dikehendaki.






 6. Setelah peta telah dibesarkan, lengkapkan peta dengan tajuk, mata angin, bingkai peta dan petunjuk ( peta 2)







Boleh juga ke link ini  http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2012/02/peta-kawasan-kajian-perniagaan-pasar.html

Saturday, February 25, 2012

Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit yang berfokuskan pasar malam

Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan pasar malam ialah:

1. Governan ~ Pihak kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah menyediakan tapak pasar malam di kawasan perumahan. Contohnya, di Indera Mahkota, tapak pasar malam yang di sediakan oleh MPK ialah di kawasan perumahan Indera Mahkota 1, yang terletak berhampiran Dewan Gelanggang Badminton.Dengan adanya tapak ini, gerai-gerai perniagaan pasar malam dapat disusun dengan baik. Ini juga memudahkan urusan jual beli dilakukan.

2. Modal ~ Modal bagi memulakan perniagaan pasar malam tidaklah besar. Biasanya peniaga hanya mengeluarkan wang simpanan sendiri sebagai modal pendahuluan. Ini menyebabkan perniagaan pasar malam mudah dimulakan dan diuruskan. Oleh kerana kos overhednya rendah, maka peniaga  pasar malam dapat menjual barangan dengan lebih murah.

3. Pasaran Tempatan ~ Kebanyakan lokasi pasar malam terletak di kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan perumahan yang bersaiz besar. Contohnya di Indera Mahkota, lokasi pasar malam di Indera Mahkota 1, menyebabkan perniagaan pasar malam di sini dikunjungi penduduk-penduduk sekitar iaitu komuniti Indera Mahkota 1 hingga Indera Mahkota 16. Jumlah penduduk yang besar ini menawarkan permintaan yang tinggi terhadap barangan yang dijual di pasar malam di Indera Mahkota.

4. Kesesuaian waktu berniaga ~ Perniagaan pasar malam di Indera Mahkota memang sering ditunggu-tunggu oleh penduduk di sini kerana waktu perniagaannya dari jam 5.00 petang pada setiap hari Jumaat amat bersesuaian dengan masa tamat bekerja di pejabat. Lokasi pejabat-pejabat kerajaan dan pejabat-pejabat swasta yang terletak berhampiran dengan tapak pasar malam ini, memudahkan lagi pekerjanya mengunjungi pasar malam selepas tamat masa bekerja pada jam 5 petang. 

Sebagai salah seorang komuniti di Indera Mahkota, saya merasa bertuah dan bersyukur kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.

Friday, February 24, 2012

Akhirnya dapat juga apa yang ditunggu-tunggu!

Memang tak disangka-sangka blog ini akan dapat BE! Almaklum bukan banyaknya post yang dibuat untuk blog ini...tajuk je blog 'contest',tapi jarang-jarang juga masuk 'contest' ataupun menganjurkan 'contest'!

Cuma akhir-akhir ini, saya banyak membuat 'backlink' ke blog kelip-kelipkehidupan.blogspot.com  tentang tajuk kerja kursus geografi. Itu yang menyebabkan blog ini 'hidup' sikit! Maksudnya ada pengunjung, kalau dulu sunyi je tanpa pengunjung...



Penaja yang baik hati nak taja blog ini ialah maxis...tengok gambar atas. So jika nak tahu tentang iklan ini, rajin-rajinlah klik iklan tu di sebelah kanan blog ini  ya (side bar)....:))


Kelip-kelip kehidupan...: Kesan negatif perniagaan pasar malam

Kelip-kelip kehidupan...: Kesan negatif perniagaan pasar malam: Antara kesan negatif perniagaan pasar malam ialah: 1. Kesesakan lalu lintas ~ Tapak pasar malam di Indera Mahkota yang terletak di ...

Saturday, February 18, 2012

Kelip-kelip kehidupan...: Penulisan tajuk Kerja Kursus Geografi yang betul

Kelip-kelip kehidupan...: Penulisan tajuk Kerja Kursus Geografi yang betul: Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelajar PMR semasa menulis tajuk Kerja Kursus Geografi (KKG) ialah hanya menulis lokasi kawasan ...

Thursday, February 16, 2012

Kelip-kelip kehidupan...: Perniagaan Runcit Yang Berfokuskan Pasar Malam

Kelip-kelip kehidupan...: Perniagaan Runcit Yang Berfokuskan Pasar Malam: Dari segi konsep, perniagaan runcit adalah urusan jual beli barangan dalam kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir. Biasanya perniaga...

Wednesday, February 15, 2012

Borang Pemerhatian Kerja Kursus Geografi 2012


KERJA KURSUS GEOGRAFI SMKTP 2012
BORANG PEMERHATIAN KAJIAN TENTANG PERNIAGAAN RUNCIT
YANG BERFOKUSKAN PERNIAGAAN PASAR MALAM

NAMA PELAJAR       :.........................................................................................................

KAWASAN PASAR MALAM:...........................................................................................

1. JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN

JENIS
BARANGAN
JUMLAH
GERAI
MAKANAN

MINUMAN

BUAH-BUAHAN

KASUT/PAKAIAN/KAIN

AYAM/DAGING/IKAN

SAYUR-SAYURAN



2.  FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN (SILA TANDAKAN 4 FAKTOR)

FAKTOR
MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM)
TANDAKAN
(X)
TAPAK DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN

PENIAGA TEMPATAN

MODAL KECIL

PASARAN TEMPATAN (PENDUDUK SETEMPAT)

INFRASTRUKTUR

KAWASAN PERUMAHAN (TUMPUAN PENDUDUK)

PENINGKATAN TARAF HIDUP (KUASA BELI)

DARJAH KETERSAMPAIAN (ADA JALAN RAYA)

PERANAN PERSATUAN PENDUDUK/JKKK

KESESUAIAN WAKTU BERNIAGA ( 5 PTG - 10 MLM)



3.  KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR MALAM) DI KAWASAN KAJIAN (TANDAKAN 4 KESAN UTAMA)

KESAN
TANDAKAN
(X)
MASALAH SOSIAL

PERSAINGAN DENGAN GERAI-GERAI YANG MENJUAL BARANGAN YANG SAMA

PENCEMARAN

KESESALAN LALU LINTAS

WABAK PENYAKIT

HARGA TANPA KAWALAN

BARANGAN TIDAK BERKUALITI

PEMBAZIRAN (MASA/WANG)



4.  LANGKAH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT (PASAR MALAM) DI KAWASAN KAJIAN (TANDAKAN 3 LANGKAH)


LANGKAH
TANDAKAN
(X)
PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

PERANAN & PEMANTAUAN PBT/PERSATUAN PENDUDUK

PENGAWALAN & PENGELUARAN LESEN

PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA PENIAGA

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASAS

KEMPEN KESEDARAN

PENGAWALAN HARGA

WUJUDKAN KAWASAN KHAS PERNIAGAAN RUNCIT


Saturday, February 4, 2012

DOUBLE GIVEAWAY BY CERITAINDAHKAMI.COM


Nak join, klik banner di atas ya!

Referrel saya : CPH (Haszuraidah Isyak)...
penganjur Ga...he,he,he :)

Tarikh tutup : 29.02.2012


Double Giveaway by ceritaindahkami.com dianjurkan oleh Notre Belle Histoire, dengan kerjasama oleh SNUUS, Ma Belle Shoppe, LLEAH AYEISA CO., Al Shawls, Just with PB dan Kittyshawls

HusnaLilShop Giveaway!


Sesiapa nak join, sila klik banner di atas.

Tarikh tutup : 12.02.2012 (Ahad)

Shidasyakirin Giveaway



Sesiapa nak join klik banner di atas

Tarikh tutup : 14/2/1021

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...