Followers

Saturday, March 31, 2012

Lakaran/sketch ikan lagi....

 Beberapa lakaran/sketch ikan....
















Thursday, March 29, 2012

RULES OF INDICES - DIVISION

TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): RULES OF INDICES - DIVISION: RULE OF INDICES (PETUA INDEKS) SAME BASE (ASAS SAMA) a n ÷ a m = a n – m Example : Simplify the following.


(Permudahkan yang berikut)

(a)        m5 ÷ m3          
Solution:
m5 ÷ m3   
= m5 – 3  
= m2
Untuk lihat seterusnya, klik sini

Sunday, March 25, 2012

Lakaran/sketch ikan koi

Berikut adalah contoh lakaran ikan koi...





Thursday, March 22, 2012

Lakaran/Sketch Hello Kitty





 Berikut beberapa lakaran/sketch Hello Kitty sebagai panduan  untuk dilakarkan di atas kertas lukisan.








Wednesday, March 21, 2012

Kerja Kursus Geografi : Rumusan (Pasar Malam)

Dua aspek yang perlu diambil kira :

1. Rumusan keseluruhan tentang dapatan kajian iaitu :

a) Kepentingan perniagaan pasar malam
b) Faktor mempengaruhi kegiatan pasar malam
c) Kesan negatif perniagaan pasar malam
d) Cadangan mengatasi kesan negatif perniagaan pasar malam

2. Penerapan nilai atau unsur patriotisme.

Sila perhatikan contoh rumusan di bawah :










Monday, March 19, 2012

Kerja Kursus Geografi : Persembahan Bahan Grafik

Pelajar hanya perlu mempersembahkan dua bahan grafik. Antara bahan grafik yang boleh dipersembahkan ialah :

1. Jadual
2. Graf
3. Carta Pai
4. Peta Minda
5. Carta Aliran.

Jika membina graf atau carta pai, perlu disertakan dengan jadual. Sekiranya anda menggunakan kaedah kajian pemerhatian, anda boleh membina jadual berkaitan jenis barangan yang dijual di pasar malam seperti contoh di bawah :

                     JADUAL 1 : JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN 
DI PASAR MALAM INDERA MAHKOTA, KUANTAN, PAHANG**.

JENIS
BARANGAN
JUMLAH
GERAI
MAKANAN
 ***
MINUMAN

BUAH-BUAHAN

KASUT/PAKAIAN/KAIN

AYAM/DAGING/IKAN

SAYUR-SAYURAN

SUMBER : DAPATAN KAJIAN KKG 2012 
(masukkan tarikh bila anda jalankan kajian ini ~ melawat kawasan kajian.)
  
**tulis kawasan kajian anda (lengkap daerah/bandar dan negeri)
*** masukkan maklumat jumlah gerai yang terdapat di kawasan kajian anda

Daripada maklumat dalam jadual 1, bina graf bar/graf garisan atau carta pai. Lengkapkan graf/carta pai dengan maklumat :

1. Tajuk ~ 
a) Graf : Graf Bar menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

b) Carta Pai : Carta Pai menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

2. Petunjuk ~
a) Graf : Label pada paksi X (jenis barangan) dan label pada paksi Y (Jumlah gerai) beserta skala yang sesuai. Melukis bar dengan lengkap.Buat petunjuk untuk jenis barangan.

b) Carta pai : Sudut sektor mesti tepat. Maklumat ditulis dalam carta pai (atau dibuat petunjuk) beserta peratus.
 




Sunday, March 18, 2012

4 BE



Tak disangka-sangka, pihak nuffnang amat bermurah hati memberi 1 lagi BE untuk blog ini. Terima kasih juga kepada pihak penaja (gambar atas). Nak tahu lebih lanjut tentang twinning universiti ini, silalah klik iklan berkenaan di blog ini. Terima kasih kerana rajin-rajin mengkliknya:))

Friday, March 16, 2012

Kerja Kursus Geografi : Lampiran

Setiap pelajar perlu menyertakan empat bahan lampiran atau lebih. Antaranya :

1. Surat-surat:

~ Surat pengenalan diri calon
~ Surat kebenaran membuat kajian
~ Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga

Semua surat-surat ini akan disediakan oleh pihak sekolah (panitia geografi) dan diedarkan oleh guru-guru mata pelajaran geografi kepada pelajar/calon. Pelajar perlu menyimpan surat-surat ini dan mengisikan maklumat yang diperlukan seperti nama pelajar/calon, kelas dan nombor kad pengenalan.

2. Soalan temu bual

Jika menggunakan kaedah temu bual, soalan yang ditemubual hendaklah diletakkan di bahagian lampiran.

3. Borang soal selidik/borang pemerhatian

Jika menggunakan kaedah soal selidik/pemerhatian, set soalan soal selidik/pemerhatian hendaklah diletakkan di bahagian lampiran.

4. Gambar/foto

Gambar yang berkaitan dengan KKG seperti kawasan perniagaan pasar malam.

5. Bahan daripada pelbagai sumber ~ majalah, surat khabar dan internet. Semua bahan ini mestilah yang asal, bukan yang difotostat.


Thursday, March 15, 2012

TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): Whole Numbers and Number Patterns - Nombor Bulat d...

TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): Whole Numbers and Number Patterns - Nombor Bulat d...: Bahagian A: Soalan Objektif  ( Objective Questions) 1 .         Nombor 57 016 dalam perkataan ialah             The number 57 016 in...

Banyak lagi soalan, klik link ini

http://mhariati.blogspot.com/2012/03/whole-numbers-and-number-patterns.html

Monday, March 12, 2012

Lukisan Kasut Kanvas | Canvas Painting Shoe { tema air }



GoLdBird a.k.a Bert: Lukisan Kasut Kanvas | Canvas Painting Shoe { tema...: Lagi rujukan untuk kertas 3 SENI SPM.......hehehehe image from  sweet issues   ...

 Untuk contoh gambar kasut yang lebih banyak sila ke link berikut :










TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): FACTORS / FAKTOR

TIP BELAJAR MATEMATIK (TIPS FOR LEARNING MATHEMATICS): FACTORS / FAKTOR: Faktor bagi suatu nombor yang diberikan ialah       nombor yang boleh membahagi nombor itu            dengan tepat iaitu tanpa baki     ...

3rd BE dari Great Eastern


 3rd BE kali ini dapat dari Great Eastern, nak tahu lebih lanjut silalah klik iklan ini yang terletak di bawah tajuk blog kelip-kelipancontest...



terima kasih pihak nuffnang,
juga kepada pihak penaja,
tak lupa pada yang mengklik,
thank Q Very Much ....
pengunjung budiman:)


Sunday, March 11, 2012

Penulisan Kerja Kursus Geografi : Pendahuluan

Terdapat 3 perkara yang perlu dititikberatkan:

1. Tajuk Tugasan ~ mesti dinyatakan dengan lengkap iaitu mengandungi kawasan kajian, daerah/bandar dan negeri.

Contoh : Tajuk kerja kursus geografi yang saya pilih ialah Perniagaan Pasar malam di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

2. Sebab pemilihan kawasan kajian berkenaan. Perlu beri 2 sebab. Sebab-sebab yang relevan ialah

Saya memilih kawasan kajian ini kerana

i) Kawasan kajian merupakan tempat tinggal/kediaman saya.
ii) Kawasan kajian terletak berhampiran dengan sekolah saya.
iii)Terdapat aktiviti perniagaan pasar malam/pasar tani/pasar minggu sama ada di tempat kediaman atau berhampiran sekolah. Ini memudahkan lawatan ke kawasan kajian kerana terletak berdekatan dengan tempat kediaman atau sekolah.  

3. Tempoh kajian yang diperuntukan untuk menyiapkan kajian. Perlu ditulis ....

Masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus geografi ini ialah 8 minggu atau 2  bulan.

Friday, March 9, 2012

Pasar Pagi



Pasar pagi adalah jenis pasar yang dijumpai di Malaysia dan Indonesia, agak sama dengan sebuah pasar basah. Pasar pagi dan pasar malam adalah berbeza - pasar pagi dibuka pada setiap hari dan sebelah pagi (mungkin seawal 7 pagi hingga 11 pagi). 

Manakala pasar malam dibuka pada waktu petang dan hanya pada hari-hari terpilih dalam seminggu. Pasar pagi sering dikunjugi oleh suri rumah dan orang tua  dan barang-barang yang dijual adalah sayur-sayuran, ikan, daging, pakaian dan semua jenis produk harian.

Salah satu daripada pasar pagi terbesar di Malaysia ialah di Jalan Pasar Kuala Lumpur.


sumber : wikipedia ensiklopedia bebas

Thursday, March 8, 2012

Spontaneous Thursday ~ SBPA batal!


SBPA batal!
sudah disahkan!
tapi yang seronok, kenaikan gaji
13% untuk kaki tangan awam...!!!

Tuesday, March 6, 2012

GoLdBird a.k.a Bert: Lukisan Pada Kasut Kanvas | Canvas Shoe Painting


GoLdBird a.k.a Bert: Lukisan Pada Kasut Kanvas | Canvas Shoe Painting: Untuk rujukan pelajar SENI kertas tiga SPM........semoga mendapat ilham....

sila ke http://goldbird87.blogspot.com/2012/03/lukisan-pada-kasut-kanvas-canvas-shoe.html
untuk lihat banyak lagi contoh gambar kasut ini.











Sunday, March 4, 2012

Cadangan Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Menyediakan Kemudahan Asas ~ Bagi mengelakkan pencemaran sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam, pihak PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan boleh meletakkan lebih banyak tong-tong sampah di sekitar pasar malam ini. Dengan ini, bungkusan plastik minuman dan makanan akan dibuang ke dalam tong sampah itu.

2. Pengawalan harga ~ Pihak berwajib seperti PBT mesti selalu meronda atau melakukan pemantauan mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh peniaga. Di samping itu, pegawai  PBT juga boleh mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan dan memastikan semua peniaga telah menerima suntikan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini bertujuan memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada pembeli.

3. Kempen kesedaran ~ Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan.

Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat!

Kumpulan Sumber Semulajadi

Antara sumber budaya, sumber manusia dan sumber semulajadi yang paling penting ialah sumber semulajadi.

Sumber semulajadi dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan (gambar di atas).

Borang Temubual Kerja Kursus Geografi : Perniagaan Pasar Malam



SEK MEN KEB TANAH PUTIH,
KUANTAN, PAHANG.
BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012
PERNIAGAAN RUNCIT BERFOKUSKAN PASAR MALAM

NAMA PELAJAR : .............................................................................................
NAMA RESPONDEN :.......................................................................................
KAWASAN PASAR MALAM:..........................................................................
TARIKH TEMUBUAL :.....................................................................................

SOALAN TEMUBUAL:

1. Encik/Puan sering datang ke pasar malam ini?...........................................................

2. Apa barang yang biasa Encik/Puan beli?.....................................................................

3. Apakah Encik/Puan rasa harga barang di pasar malam ini murah?..............................

4. Adakah barang-barang yang dijual di pasar malam ini memenuhi cita rasa Encik/Puan?

    ..........................................................................................................................................

5. Adakah tapak pasar malam ini bersesuian?....................................................................

6. Jika tapak pasar malam ini tidak sesuai, boleh Encik/Puan beri cadangan di mana tapak yang sesuai untuk perniagaan pasar malam dijalankan?

   .............................................................................................................................................

7. Adakah tong-tong sampah disediakan oleh PBT di sekitar pasar malam ini untuk mengelakkan pencemaran sampah-sarap daripada berlaku?

  ..............................................................................................................................................

8. Sila beri cadangan untuk mengurangkan pencemaran sampah-sarap di kawasan ini.

  ............................................................................................................................................. 


Thursday, March 1, 2012

Rezeki lagi....:)

buka-buka je akaun nuffnang pagi tadi...
tup-tup tengok dapat lagi 1 BE
dari cerita The Lorax!
nak tahu lebih lanjut tentang cerita ni
yang akan ditayangkan di cinemas 8 Mac ini
silalah klik iklannya di blog ini ya.....

1st BE klik sini