Followers

Thursday, August 22, 2013

CPUV Terkini : The Mortal Instrument


Semalam bila lihat status nuffnang bahagian earning, alhamdulillah dapat cpuv baru iaitu the mortal instrument sebuah filem Inggeris yang akan ditayangkan di pawagam pada 22 Ogos ini.



Monday, August 5, 2013

Kelip-kelip kehidupan...: Kesan Sektor Pertanian terhadap alam sekitar dan langkah mengatasinya

Kelip-kelip kehidupan...: Kesan Sektor Pertanian terhadap alam sekitar dan l...:

KEGIATAN
KESAN
LANGKAH
Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun rumpai
~Tanah berasid
~Pencemaran air
~Hidupan akuatik terancam
~Pendidikan kepada petani
~Pertanian hidroponik
Penanaman getah, kelapa sawit,sayuran dan bunga di lereng-lereng bukit
~Gerakan jisim (kesotan tanih, aliran lumpur dan tanah runtuh
~Hakisan tanah
~Sungai berkelodak dan keruh
~Pembinaan teres
~Tanaman tutup bumi
~Tanaman mengikut kontur
Pertanian sejenis (monoculture) ~ penanaman padi, getah dan kelapa sawit
~Kemiskinan tanah (tanah tiada nutrien)
~Pertanian campur
~Giliran tanaman
~Tanaman tutup bumi 

Read more: http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/08/normal-0-false-false-false.html#ixzz2b3MW6HnV
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike

Sunday, August 4, 2013

Migrasi Antarabangsa

Migrasi antarabangsa ialah penghijrahan penduduk dari satu negara ke negara lain yang melintasi sempadan antarabangsa sesebuah negara. Contohnya penghijrahan penduduk Thailand ke Malaysia sama ada melalui utara iaitu memasuki Malaysia melalui Padang Besar di Perlis atau melalui sebelah timur iaitu Rantau Panjang di Kelantan. Ramai juga rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan berhijrah ke Singapura melalui Selat Teberau di Johor.

Malahan sejak akhir-akhir ini, ramai pekerja mahir Malaysia berhijrah ke negara maju kerana mendapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih lumayan. Contohnya,  hampir 7,000 akauntan dari  Malaysia,China,India, Sri Lanka dan Pakistan telah berhijrah ke Australia pada tahun 2011 hingga 2012 dan diberi visa tetap oleh kerajaan Australia. (sumber)

Sejak akhir-akhir ini, negara Malaysia dibanjiri oleh pendatang asing dari negara Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka. Pendatang asing ini lazimnya bekerja di sektor perladangan dan sektor pembinaan.

Kebanyakan mereka datang ke Malaysia tanpa permit kerja yang sah. Oleh itu pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah keselamatan melalui penguatkuasaan undang-undang imigresen. Antaranya ialah

1. Menghantar pulang pendatang asing ini ke negara asal jika kedatangan mereka meragukan dan menimbulkan masalah sosial atau jenayah di sini.

2. Mesti disertakan dengan alamat tetap di Malaysia. Bertujuan memastikan mereka ada tempat tinggal yang sah.

3. Menyatakan tempoh mereka berada di Malaysia. Bertujuan supaya mereka tidak tinggal secara haram di Malaysia. 
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...