Followers

Saturday, January 24, 2015

Aimida : JOINT COLOUR DRESS


RM65

Postage :
Rm6 (sem) | Rm9 (ss)

Measurement:
Size S: Length: 138cm Bust: 88cm Shoulder: 36cm Waist: 74cm Sleeve: 60cm
Size M: Length: 140cm Bust: 92cm Shoulder: 37cm Waist: 78cm Sleeve: 61cm
Size L: Length: 141cm Bust: 96cm Shoulder: 38.5cm Waist: 82cm Sleeve: 62cm
Size XL: Length: 142cm Bust: 100cm Shoulder: 40cm Waist: 86cm Sleeve: 63cm

Material : Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining.

Description: Back Zip.

Detail : Belt attach to waist.
Berminat ? 
Hubungi :
+60139144567 / +60148230230
(Ida / Aiman)

Sunday, January 4, 2015

Kobis goreng sos tiram

Sejak hujan-hujan ni, susah betul nak dapatkan sayur. Adalah sayur kobis, lobak dan bunga kobis dijual di kedai runcit. Jadi daripada tiada sayur, baik beli je dan buat sayur kobis goreng.



Bahan-bahan sayur :

Kobis
Lobak merah
Bunga kobis

**boleh tukar sayur lain jika suka

Bahan tumis :

5 ulas bawang putih ~hiris nipis
1 tangkai cili merah ~hiris serong
1 keping fish cake ~hiris nipis

Bahan sos :

Sos tiram

Cara memasak :
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sayur-sayuran dan sos tiram. Letak sedikit gula. Tidak perlu letak garam kerana sos tiram sudah agak masin.
3. Gaulkan sebati dalam 2 - 3 minit. Tutup api, siap untuk dimakan dengan nasi putih atau diratah begitu sahaja.

Saturday, January 3, 2015

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Resipi ini merupakan masakan popular orang-orang Negeri Ssembilan. Tapi amat digemari oleh kami sekeluarga.

Bahan Utama :
1 ekor ayam potong kecil ~ panggang dalam pan ajaib untuk buang lebihan air ayam.

Bahan Kuah :

2 kotak santan (400 gm)
10 batang cili padi (kisar)
1/2 inci kunyit hidup(kisar)
2 keping asam keping
2 batang serai dititik
air secukupnya
2 biji ubi kentang (potong 4)

Cara memasak :

1. Satukan semua bahan kuah kecuali santan (letak separuh sahaja).  Setelah kuah mendidih, masukkan ayam dan biarkan mendidih sekejap.

2. Akhir sekali, masukkan lebihan santan, kacau dalam 2 - 3 minit. Tutup api.


Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...