Followers

Sunday, September 29, 2013

I'm the winner!


Thursday, September 26, 2013

Taufan

 


1. Negara yang sering dilanda taufan : Filipina dan Jepun.

2. Faktor yang menyebabkan kejadian taufan :

   ~ Penyahutanan secara berleluasa
   ~ Perubahan cuaca kejadian El-nino
   ~ Peningkatan suhu yang melampau
   ~ Peredaran bumi

3. Kesan kejadian taufan :

    ~Kemusnahan harta benda
    ~Mengancam nyawa/ kematian
    ~Kemusnahan fauna
    ~Kemusnahan flora
    ~Pencemaran air

4. Langkah mengurangkan kejadian taufan :

    ~Kuat kuasa undang-undang
    ~Pendidikan alam sekitar
    ~Kempen kesedaran alam sekitar
    ~Penghutanan semula

Tuesday, September 24, 2013

Makaroni Sup Ala Stew

Hari ini ada potluck untuk meraikan 2 orang rakan sejawat yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Temanya western food. Nak masak apa ya...fikir punya fikir masak makaroni sup ala-ala stew gitu.

Bahan utama :
250 gm makaroni ~ rebus dan toskan apabila cukup lembut.

Bahan Tumis :
Bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
6 ulas bawang putih  ~ mayang halus
1 labu bawang besar ~ mayang halus

Bahan Pelengkap:
1 paket kecil serbuk sup (3 sudu besar)
11/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 kiub perasa ayam
Isi ayam secukupnya ~ potong dadu kecil-kecil
4 biji ubi kentang ~ potong dadu kecil-kecil
1 batang lobak merah  ~ potong dadu kecil-kecil
3 gelas air

Cara memasak:
1. Tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan air dan semua bahan pelengkap.
2. Masak/renehkan sup dengan api sederhana kecil. Perasakan garam dan gula.
3. Masukkan makaroni dan masak lagi untuk 4 - 5 minit. Tutup api, siap untuk dihidangkan.



Kelip-kelip kehidupan...: Makaroni Sup Ala Stew  

Sunday, September 22, 2013

Alat Pelindung Stevenson


1. Lokasi yang sesuai untuk meletakkan alat Pelindung Stevenson :
    
    ~ Kawasan lapang/luas/padang
    ~ Kawasan lantai/tanah berumput
    ~ Jauh dari bangunan/pokok

2. Dua alat kaji cuaca yang diletakkan dalam alat Pelindung Stevenson:

    ~Higrometer (termometer bebuli kering dan bebuli lembap)
    ~Termometer maksimum dan termometer minimum

3. Maklumat yang diperolehi daripada alat kaji cuaca yang diletakkan dalam alat Pelindung Stevenson :
 
    ~Suhu
    ~Suhu maksimum
    ~Suhu minimum
    ~Kelembapan udara
4. Ciri-ciri alat Pelindung Stevenson :
 
     ~Dicat putih
     ~Diletak di kawasan lapang
     ~Dindingnya berbentuk ram/kekisi
     ~Tingginya 1 meter dari tanah



Friday, September 20, 2013

Olay....


Iklan terbaru dan mendapat CPUV ~ Olay
Iklan berkaitan kecantikan wajah
Wajah jelita hati pun gembira
Idaman setiap orang apatah lagi si hawa

 Kalau nak tahu apa dia Olay ni
Jangan segan-segan kliklah iklan ni
Mana tahu sesuai untuk kulit anda!

Wednesday, September 4, 2013

Puding Taufufa



Puding taufufa ini diberi nama berdasarkan warnanya yang putih seakan-akan taufufa! Sebenarnya puding ini tidak menggunakan bahan taufu langsung! Bahan asasnya hanyalah agar-agar dan susu cair serta satu tin laici. Jika nak tahu resipi lengkapnya, sila klik sini.

Puding taufufa ini sedap dimakan sejuk-sejuk. Selain menggunakan laici, pilihan buah lain juga boleh digunakan seperti fruit cocktail dan buah peach dalam tin.

Tuesday, September 3, 2013

CPUV shampoo ~ DOVE


Semua dah tahu apa itu Dove kan,
Dove merupakan shampoo terapi rambut,
Ye lah supaya rambut cantik menawan,
Walaupun ditutupi selendang lembut!



Sunday, September 1, 2013

Puding Oreo Bercoklat


Bulan syawal ini, banyaklah open house atau jamuan raya. Antara menu yang sering diminta untuk dibawa ke sekolah oleh anak-anak ialah puding. Jenis puding yang menjadi pilihan ialah puding oreo. Memang sedap terutama apabila dimakan sejuk-sejuk, nyaman je rasanya. Cara memasaknya juga mudah. Nak tahu resipinya klik sini . Dalam resipi tu guna milo, tapi kali ini saya guna ovaltine...sedap juga.
 
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...