Hayatilah....

advertorial

Followers

Wednesday, September 28, 2011

siksanya penantian ini!

aku bagaikan
si ibu kucing kehilangan anaknya
mengiyau-ngiyau mencari anak-anaknya
tapi tak ketemu jua!

aku bagaikan
si anak kecil merindui botol susunya
mencari-cari walaupun dilarang ibunya!

dan aku bagaikan
si pungguk yang rindukan si rembulan
menanti jawapan yang entah bila termakbul!

ahhh siksanya penantian ini!

Giveaway LuvBunny House


Sesiapa nak join, klik gambar bunny tu ya!

Tarikh tutup : 1 November 2011 
(boleh diubah bila-bila oleh penganjur!)

Kerja Kursus Geografi : Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA PELAJAR       :.........................................................................................................
NAMA RESPONDEN:........................................................................................................
ALAMAT RESPONDEN :...................................................................................................
ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3  PILIHAN YANG DIBERIKAN.
A.  JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
JENIS
PENCEMARAN
TANDAKAN
(X)
AIR

UDARA

TANIH

BAU

BUNYI



B.  PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN

PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TANDAKAN
(X)
PERKILANGAN

PEMBINAAN

PETEMPATAN

SAMPAH SARAP

SISA TOKSID

TUMPAHAN MINYAK

PERNIAGAAN

KENDERAAN

PENTERNAKAN

PEMBAKARAN TERBUKA

PERLOMBONGAN

RACUN RUMPAI/SERANGGA

BAJA KIMIA

SISA DOMESTIK



C.  KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

KESAN
TANDAKAN
(X)
UDARA TERCEMAR

SUHU MENINGKAT

BAU BUSUK

JEREBU

AIR TERCEMAR

PENYAKIT

HIDUPAN AKUATIK TERANCAM

HUJAN ASID

TANAH BERASID



D.  LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

KESAN
TANDAKAN
(X)
KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

KITAR SEMULA

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RAWATAN AIR KUMBAHAN

PENAPIS ASAP

INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN

PETROL TANPA PLUMBUM

CATALYTIC CONVERTER


Kerja Kursus Geografi : Rujukan


1. Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan yang diperlukan:
1. Buku Teks
Mohd Jamil Mohamed, 2004 ,Geografi Tingkatan 3,  Kuala Lumpur : Johore Central Store Sdn. Bhd.
2.  
2.Orang Sumber
i-Nama :
ii- Umur: 
iii- Pekerjaan: 
iv-Alamat:
3. 
3. Internet/Laman Web
~http://kelipkelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/kesan-kesan-pencemaran-bau.html
~google maps.com.my 

Kerja Kursus Geografi : Rumusan


Kami bersyukur kerana persekitaran sekolah kami bersih dan bebas daripada pencemaran alam sekitar yang serius. Walaupun, sekolah kami menghadapi masalah pencemaran bau, dan warga sekolah terpaksa menerima akibatnya seperti menghidu bau busuk tapi atas kerjasama semua pihak masalah ini dapat diatasi. Pihak sekolah telah mengambil langkah positif menangani masalah ini seperti mengadakan aktiviti gotong royong. Kini sekolah kami bebas daripada pencemaran bau. 
 
 

Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Bau


Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

1. Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.
Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah. 

2. Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah. 
 
3. Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.
  
4. Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula. 
 
 

Kesan Pencemaran Bau


Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

1. Bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

2. Udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk. 
 
3. Pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

4.Penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.
  
5.Air Tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.
 

Punca Pencemaran Bau


Antara punca-punca pencemaran bau ialah :
1. dari kawasan pelupusan sampah.
Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

 2. dari kawasan penternakan ayam.
Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi!
 
3. dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan.
Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

4. dari aliran parit yang tersumbat.
Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

Tuesday, September 27, 2011

Peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS



PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), penerbit buku bahasa melayu pertama di Malaysia menerbitkan banyak buku-buku untuk semua peringkat umur. Sempena musin cuti yang akan datang PTS banyak menerbitkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya. Buku PTS yang cool ini pasti ada yang dapat menarik minat pembaca semua!

PTS menganjurkan Peraduan Bongkar Kod Rahsia! Menangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS! Para pembaca hanya perlu membeli buku PTS berlogo 'Bongkar Kod Rahsia', daftar di laman web PTS dan main online game untuk menang hadiah-hadiah hebat ini! Jom Bongkar Kod Rahsia dengan pantas! Nak tahu lebih lanjut jom  klik di sini

Sunday, September 25, 2011

inilah-10-sungai-terpanjang-di-dunia

10-sungai-terpanjang-di-dunia

Saturday, September 24, 2011

Contoh Borang Soal Selidik KKG 2011

Contoh Borang Soal Selidik KKG 2011:

KERJA KURSUS GEOGRAFI SMKTP 2011 BORANG SOAL SELIDIK NAMA PELAJAR :..............................................................

Kesan Pencemaran Udara

Kesan Pencemaran Udara: Kesan pencemaran udara termasuk : ~ pembentukan jerebu yang mengurangkan keternampakan dan menjadikan waktu siang gelap. ~ gangguan kes...

Saturday, September 3, 2011

Sotong Masak Merah

Sotong Masak Merah: Masakan sotong masak merah ini merupakan menu kegemaran utama anak-anakku terutamanya along. Setiap kali membuat menu sotong masak merah ini...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...