Followers

Thursday, December 15, 2011

Tip-tip nak dapatkan BE dari Nuffnang

Ramai blogger meletakkan iklan nuffnang dalam blog masing-masing. Tujuannya ialah sebagai mendapatkan pendapatan sampingan semasa berblog. Jadi di sini saya cuba memberi tip bagaimana nak mendapatkan BE dari Nuffnang. Ikuti langkah-langkahnya;

1. Klik Biodata Blogger > Tinjauan Biodata Blogger

2. Tulis tentang :

i - Apakah pekerjaan anda~ masukkan maklumat itu, ya!

ii - Apakah hobi anda ~ ini bahagian PENTING. Ceritakan kenapa anda suka blogging!

iii - Apakah perkara yang anda boleh beritahu tentang tujuan setiap blog anda?
(Sila jelaskan secara spesifik yang mungkin. Contoh: "saya gemar blog tentang membeli-belah/kasut/bola sepak") ~ bahagian AMAT PENTING. Cerita tentang kriteria istimewa blog anda, bersama unik (jumlah pengunjung) yang memasuki blog anda dan jumlah pageviews. Lagi tinggi bilangan unik dan pageviews lagi baik, sebab blog kita akan dipilih oleh penaja untuk meletakkan iklan mereka. Pengunjung yang masuk ke blog kita akan dibayar oleh penaja ini tanpa perlu diklik.

3. Tekan Hantar.

Dengan tip ini, harap dapat membantu blogger2 mendapatkan BE dan pendapatan dari Nuffnang!

Sunday, November 20, 2011

Yasmin Aris 1st GA

Kali ini dapat undangan menyertai 1st Ga dari blog Yasmin Aris. Jom baca syarat-syaratnya:




1. Wajib FOLLOW bLog ni duLu, dan LIKE Facebook Page tu skaLi yee :D HAHA .

2. Dahh ? Trime kasih :) :P Then, korang jz perLu buat satu new post.
DaLam new post tu kena ade :
· TitLe yg bertajuk “Yasmin Aris 1st GA”
· Copy semua syarat-syarat GA ni .
· Jangan Lupe Letak gamba kat atas tu skaLi .
(Tekan gamba, right cLick, save as & upLoad kat dLm entry korang)
· Gambar tu mesty Lah di LINK kan kepada entry ini .

3. Fahemm ? Hihi :) Seterusnyee, tinggaLkan Link entry yg korang dah pubLishkn tuu kat ruangan komen bawah nii . Dah siapp ! :)

4. Ok, ok .. GA ni akan dibataLkn kLu penyertaan tak Lebih dari 10 orang . Huhu T-T
So, join Lah beramai-ramai yee ! kite sukee . Hii

5. Tarikh tutup : Sabtu-[19 DISEMBER 2011] Lambat Lg kan ;P ade mase nk join . Jom jomm !

sesiapa nak join, klik gambar banner kat atas tu ya!


Sape yg bertuah akan menerime hadiah yg tak seberapa nii .

Maxis, Digi, CeLcom, Etc : RM10
Edited bLue Minima TempLate
Cute Cursor

Sunday, November 13, 2011

Tag dari Si Comel Suka Bercerita

Sudah lama tak 'ditag', tapi baru-baru ini ditag oleh pemilik blog sicomel suka bercerita. Ini soalan-soalannya :
 
 
1-pendapat anda tentang blog saya? ~ not bad:)
2-masih single kah atau dah berpunya? ~ dah berpunya
3-siapa role model anda? ~ Nabi Muhammad s.a.w
4-haiwan paling digemari? ~ kucing si montel
5-negeri asal anda? ~ Trengganu
6-ciri utama lelaki/perempuan idaman? ~ beriman
7-apakah kelemahan anda? ~ cepat marah
8-sarapan kegemaran anda? ~ nasi minyak 
9-artis luar negara paling digemari? ~ sorry x minat mana-mana artis pun!
10-kenapa suke blogging? ~ ikut zaman!
11-jenama lappy anda? ~ Acer

Okay dah jawab...syarat akhir kena tag orang lain n kemukakan soalan ~ tak mahu buat boleh kan....he,he:)


Saturday, November 5, 2011

PENCARIAN BLOG FOLLOWER BAWAH 500



Tarikh tutup : 11.11.11
Jam : 2.00 petang

Sesiapa nak join, klik sini

Friday, October 14, 2011

Cepat-cepat daftar churp-churp!



Sesiapa yang belum mendaftar tu, cepat-cepat klik gambar kat atas tu! Macam-macam kempen ada dan yang seronoknya dapat kumpulkan duit ! Kongsikan kempen-kempen ini melalui FB atau Twitter masing-masing~setiap klik duit masukkkkkkk..........di samping dapat pengetahuan juga daripada pelbagai jenis kempen/iklan yang ditayangkan!

Wednesday, October 5, 2011

Menangi iPad 2


Yes you love to cruise about town in your fancy ride, but is your ride as sexy on the inside as it is on the outside?

Check out Castrol Auto Service centre. It’s your trusted & professional one stop auto service specialist. Zoom your way to one of the 200 centres nationwide for some maintenance for your ride and stand a chance to win yourself an iPad2 by just servicing your car! You know your engine will appreciate this too!



Saturday, October 1, 2011

Jangan risau!

Dup dap dup dap
jantung berdenyut kencang
menanti hari yang bakal tiba

Kenapa keruan tak menentu
jika ilmu penuh di dada
pasti dihadapi dengan penuh yakin

Jadi ....
jangan risau....
hadapilah PMR dengan tenang 
pasti kejayaan menanti....

Wednesday, September 28, 2011

siksanya penantian ini!

aku bagaikan
si ibu kucing kehilangan anaknya
mengiyau-ngiyau mencari anak-anaknya
tapi tak ketemu jua!

aku bagaikan
si anak kecil merindui botol susunya
mencari-cari walaupun dilarang ibunya!

dan aku bagaikan
si pungguk yang rindukan si rembulan
menanti jawapan yang entah bila termakbul!

ahhh siksanya penantian ini!

Giveaway LuvBunny House


Sesiapa nak join, klik gambar bunny tu ya!

Tarikh tutup : 1 November 2011 
(boleh diubah bila-bila oleh penganjur!)

Kerja Kursus Geografi : Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA PELAJAR       :.........................................................................................................
NAMA RESPONDEN:........................................................................................................
ALAMAT RESPONDEN :...................................................................................................
ARAHAN : SILA TANDAKAN 2 ATAU 3  PILIHAN YANG DIBERIKAN.
A.  JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN
JENIS
PENCEMARAN
TANDAKAN
(X)
AIR

UDARA

TANIH

BAU

BUNYI



B.  PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR TERHADAP KAWASAN KAJIAN

PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
TANDAKAN
(X)
PERKILANGAN

PEMBINAAN

PETEMPATAN

SAMPAH SARAP

SISA TOKSID

TUMPAHAN MINYAK

PERNIAGAAN

KENDERAAN

PENTERNAKAN

PEMBAKARAN TERBUKA

PERLOMBONGAN

RACUN RUMPAI/SERANGGA

BAJA KIMIA

SISA DOMESTIK



C.  KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

KESAN
TANDAKAN
(X)
UDARA TERCEMAR

SUHU MENINGKAT

BAU BUSUK

JEREBU

AIR TERCEMAR

PENYAKIT

HIDUPAN AKUATIK TERANCAM

HUJAN ASID

TANAH BERASID



D.  LANGKAH MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

KESAN
TANDAKAN
(X)
KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG

KITAR SEMULA

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

RAWATAN AIR KUMBAHAN

PENAPIS ASAP

INSINERATOR/TAPAK PELUPUSAN

PETROL TANPA PLUMBUM

CATALYTIC CONVERTER


Kerja Kursus Geografi : Rujukan


1. Sekurang-kurangnya tiga sumber rujukan yang diperlukan:
1. Buku Teks
Mohd Jamil Mohamed, 2004 ,Geografi Tingkatan 3,  Kuala Lumpur : Johore Central Store Sdn. Bhd.
2.  
2.Orang Sumber
i-Nama :
ii- Umur: 
iii- Pekerjaan: 
iv-Alamat:
3. 
3. Internet/Laman Web
~http://kelipkelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/kesan-kesan-pencemaran-bau.html
~google maps.com.my 

Kerja Kursus Geografi : Rumusan


Kami bersyukur kerana persekitaran sekolah kami bersih dan bebas daripada pencemaran alam sekitar yang serius. Walaupun, sekolah kami menghadapi masalah pencemaran bau, dan warga sekolah terpaksa menerima akibatnya seperti menghidu bau busuk tapi atas kerjasama semua pihak masalah ini dapat diatasi. Pihak sekolah telah mengambil langkah positif menangani masalah ini seperti mengadakan aktiviti gotong royong. Kini sekolah kami bebas daripada pencemaran bau. 
 
 

Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Bau


Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

1. Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.
Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah. 

2. Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah. 
 
3. Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.
  
4. Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula. 
 
 

Kesan Pencemaran Bau


Pencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

1. Bau busuk
Longgokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

2. Udara tercemar
Longgokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk. 
 
3. Pembiakan lalat
Longgokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

4.Penyakit
Persekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.
  
5.Air Tercemar
Parit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.
 

Punca Pencemaran Bau


Antara punca-punca pencemaran bau ialah :
1. dari kawasan pelupusan sampah.
Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

 2. dari kawasan penternakan ayam.
Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi!
 
3. dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan.
Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

4. dari aliran parit yang tersumbat.
Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

Tuesday, September 27, 2011

Peraduan Bongkar Kod Rahsia PTS



PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), penerbit buku bahasa melayu pertama di Malaysia menerbitkan banyak buku-buku untuk semua peringkat umur. Sempena musin cuti yang akan datang PTS banyak menerbitkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya. Buku PTS yang cool ini pasti ada yang dapat menarik minat pembaca semua!

PTS menganjurkan Peraduan Bongkar Kod Rahsia! Menangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS! Para pembaca hanya perlu membeli buku PTS berlogo 'Bongkar Kod Rahsia', daftar di laman web PTS dan main online game untuk menang hadiah-hadiah hebat ini! Jom Bongkar Kod Rahsia dengan pantas! Nak tahu lebih lanjut jom  klik di sini

Sunday, September 25, 2011

inilah-10-sungai-terpanjang-di-dunia

10-sungai-terpanjang-di-dunia

Saturday, September 24, 2011

Contoh Borang Soal Selidik KKG 2011

Contoh Borang Soal Selidik KKG 2011:

KERJA KURSUS GEOGRAFI SMKTP 2011 BORANG SOAL SELIDIK NAMA PELAJAR :..............................................................

Kesan Pencemaran Udara

Kesan Pencemaran Udara: Kesan pencemaran udara termasuk : ~ pembentukan jerebu yang mengurangkan keternampakan dan menjadikan waktu siang gelap. ~ gangguan kes...

Saturday, September 3, 2011

Sotong Masak Merah

Sotong Masak Merah: Masakan sotong masak merah ini merupakan menu kegemaran utama anak-anakku terutamanya along. Setiap kali membuat menu sotong masak merah ini...

Saturday, August 20, 2011

Ikan tenggiri percik

Kelip-kelip kehidupan...: Ikan tenggiri percik: 18 Ogos 2011

Hari ini teringin makan ikan percik. Tapi tak ada santan macam mana ya? Bagaimana jika digantikan dengan susu cai...

Sunday, August 7, 2011

Roh Di Bulan Ramadhan ~ Sepatah Kata

Roh Di Bulan Ramadhan ~ Sepatah Kata

Bawal Masak Halia

Bawal Masak Halia: "Menu kali ini menggunakan ikan bawal. Secara amnya ikan bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan bawal hitam. Ikan bawal put..."

Kelip-kelip kehidupan...: Agar-agar Laici

Kelip-kelip kehidupan...: Agar-agar Laici: "Niat untuk membuat agar-agar laici ini sebenarnya dah lama, tapi atas sebab-sebab tertentu niat itu terpaksa ditangguhkan. Niat yang terta..."

Friday, August 5, 2011

**GIVEAWAY** Koleksi BegTangan Hana

Sesiapa nak join, klik....


Tarikh tutup: 15 Ogos 2011



Giveaway Time

sesiapa nak join klik kat .....


tarikh tutup : sebelum raya ~ tapi boleh dipinda bila-bila oleh si penganjur!

jadi cepat, apa tunggu lagi!

tarikh tutup : 4/9/2011
jam : 11.59 malam

Membuat Scheduled Post

Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Tulis entri seperti biasa.

2. Tekan Post Options > Post date and time>Scheduled at (tulis tarikh yang dikehendaki entri itu dipostkan)

3. Publish post. Ok dah pun siap. Entri anda akan keluar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Saturday, May 21, 2011

Adyshariz Lucky Draw


Adyshariz gerangan namanya,
menyambut harijadi 29 April
genap usia 2 tahun jadinya
semoga panjang umur dan murah rezekinya.

saya tag :

namia
merah

Nyatakan saya sebagai referral : teratai

Sesiapa nak join klik sini

Monday, May 2, 2011

Membuat 'Sticky Post'

Tujuan 'sticky post' adalah untuk memaklumkan sesuatu GA/Contest sedang berlangsung pada tempoh tertentu.
Ikuti langkah-langkahnya dibawah :

1.  Tulis entri/new post seperti biasa.

2.  Setelah siap entri itu, postkan seperti biasa.

3.  Editkan post itu, pergi ke post options dan tukar tarikh (Set date and time) sebagaimana yang anda inginkan.

4.  Post sekali lagi, dan entri anda akan 'stick' kat situ sehingga habis tempohnya.


Selamat mencuba.

Monday, March 21, 2011

Meletak Tools Google Translate di Blog

Bagi memudahkan pembaca dari negara lain memahami apa yang ditulis di blog kita, jadi tools google translate ini amat membantu. Ikuti langkah-langkahnya :


1. Dashboard>Design>Add A Gadget>HTML/Javascript

2. Kemudian copy dan pastekan kod ini :

<div id="google_translate_element"></div><script>
function googleTranslateElementInit() {
  new google.translate.TranslateElement({
    pageLanguage: 'ms'
  }, 'google_translate_element');
}
</script><script src="//translate.google.com/translate_a/element.js?cb=googleTranslateElementInit"></script>
<small><a href="http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2011/03/meletak-tools-google-translate-di-blog.html" target="_blank">get this widget here</a></small>

3. Savekan.

Thursday, March 17, 2011

Membuat post 'link' di ShoutMix Box


Tutorial ini adalah untuk blogger baru yang tidak tahu nak letakkan url berlink di shoutmix box,(lihat gambar di atas) seperti saya baru-baru menggunakan chatbox ni.  Bila ada blogger yang meninggalkan 'link' mereka di chatbox saya, saya terfikir bagaimana caranya untuk membuat link ini.  Setelah membuat 'try n error', akhirnya saya berjaya juga....alhamdulillah. Ikutilah langkahnya...


1. Copy url post yang hendak dibuat 'link'.



2. Pastekan url post di shoutmix box mengggunakan > "url post" seperti contoh di bawah,




bw here,jom cari benda tersembunyi "http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/03/mencari-benda-tersembunyi.html"

3. Selepas itu, tekan enter atau butang chat (lain-lain nama yang diberi oleh blogger!). Anda akan dapati post anda sudah ditukar ke perkataan "link" (lihat gambar di atas)

Sunday, March 6, 2011

Meletak Scroll Box Di Post Terkini

<div style="width:300px;height:200px;overflow:auto; ">

<script language="JavaScript">

imgr = new Array();


imgr[0] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[1] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[2] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[3] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";

imgr[4] = "http://i43.tinypic.com/orpg0m.jpg";
showRandomImg = true;

boxwidth = 228;

cellspacing = 8;

borderColor = "transparent";

bgTD = "#000000";

thumbwidth = 40;

thumbheight = 40;

fntsize = 12;

acolor = "#666";

aBold = true;

icon = " ";

text = "comments";

showPostDate = false;

summaryPost = 40;

summaryFontsize = 12;

summaryColor = "#990000";

icon2 = " ";

numposts = 10;

home_page =
"http://nama blog anda.blogspot.com/";

</script>

<script src="http://myblogtalk.com/bloggertemplates/js/recentposts_thumbnail.js" type="text/javascript"></script></div>

<small><a href="http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2011/03/meletak-scroll-box-di-post-terkini.html" target="_blank">get this widget here</a></small></center>

*tulisan berwarna merah boleh diubah mengikut kesesuaian anda.

Friday, February 18, 2011

"Center" kedudukan widget/iklan

1. Copy kod  di bawah dan pastekan di hadapan kod asal.

<center>

2. Copy kod di bawah dan pastekan di akhir kod asal.

</center>

Lihat contoh di bawah :

<center><kod widget/iklan></center>

Thursday, February 17, 2011

Membuat Scroll Box di Mister Linky's Magical Widgets

1. Copy kod di bawah dan pastekan di atas kod asal widget anda.

<div style="width:300px;height:300px;overflow:auto; ">

2. Copy kod di bawah dan pastekan di akhir kod asal widget anda.

</div>

3. Kod warna hijau boleh diubah mengikut kehendak kita.

Sunday, February 13, 2011

Membuat Scroll Box di Live Trafic Feed

1.Dashboard>Design>Add A Gadget>HTML/JavaScript

2. Copy n Pastekan kod Live Trafic Feed anda (masuk laman webnya)

3. Letakkan kod ini <div style="width:300px;height:300px;overflow:auto; ">diatas kod asal  dan kod ini </div>  di akhir kod asal


3. Lihat contoh di bawah :

 <div style="width:300px;height:300px;overflow:auto; ">kod asal</div>

**warna hijau boleh diubah mengikut kemahuan kita! 

Monday, February 7, 2011

1st Giveaway


Sesiapa nak join,klik disini

Tarikh tutup :14 Februari,2011 (Isnin)

Pemenang ditentukan secara lucky draw


Putihmerahbiru 1st Giveaway



Antara putih,merah dan biru...apa pilihan kamu?
Saya pilih putih, sebab putih melambangkan kesucian!

Saya tag 2 rakan sejati, he,he..




Sesiapa nak join,klik sini

Tarikh tutup : 30 Mac,2011(11.50pm)



Saturday, January 29, 2011

Aku Rindu Sayang Kamu Giveaway


Sesiapa nak join, klik di sini

Keputusan GA akan diumumkan pada 16 Februari,2011

Wednesday, January 19, 2011

Hadiah untuk pemenang Kelip-kelipKehidupan~Mari Mengira Bintang Telah ku pos!!

Gambar hadiah~hiasan je ni...




Salam kepada semua pemenang,

Semua hadiah telah saya poskan kepada pemenang pada hari Isnin (17 Januari, 2011). Diharap sabar menanti.


Kelewatan menghantar hadiah ini amat-amatlah dikesali.

Kesabaran menunggu hadiah ini didahului dengan ucapan terima kasih!


Thursday, January 13, 2011

Maaf Di atas Kelewatan Menghantar Hadiah GA Kelip-kelipkehidupan~Mari Mengira Bintang

Salam kepada pemenang GA Kelip-Kelip Kehidupan ~ Mari Mengira Bintang,

Hadiah-hadiah kepada pemenang sepatutnya telah dihantar awal minggu tahun 2011. Tetapi oleh kerana sipenganjur , Puan Teratai dimasukkan ke wad selama seminggu (3 Januari hingga 7 Januari, 2011) kerana menghidap demam denggi, jadi penghantaran hadiah tersebut terpaksa ditangguhkan.


InsyaAllah, hadiah-hadiah itu akan diposkan kepada pemenang dalam masa terdekat ini. 

Sekali lagi, saya memohon maaf di atas kelewatan ini.