Followers

Sunday, December 29, 2013

Vermicelli Goreng


Biasanya guna mee kuning atau bihun saja, tapi kali ini guna pasta jenis vermicelli. Ubah selera, rupa-rupanya sedap juga.

Bahan utama : Sebungkus vermicelli ~ rebus sehingga lembut dan toskan.

Bahan tumis :

2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos kicap manis
1 sudu besar sos kicap masin
1 kiub perasa ayam

Bahan-bahan isi :
2 keping fish cake - potong kecil-kecil
2 biji telur - goreng hancur

Cara Memasak :
1. Tumis bawang + cili boh hingga garing. Masukkan semua bahan tumis + sedikit air.

2. Bila sudah sebati masukkan bahan-bahan isi + garam + gula secukup rasa. Tambahkan air untuk banyakkan kuahnya.

3. Masukkan vermicelli dan tutup kuali dalam 5 minit. Kecilkan api. Gaul ratakan dengan kuah. Setelah kuah agak pekat, tutup api. Siap untuk dihidangkan panas-panas.

P.S. boleh juga letak daun kucai dan taugeh. Sedap juga. Selamat mencuba :)


Friday, December 27, 2013

Rezeki Akhir Tahun : 8 CPUV Serentak!






















Alhamdulillah, terdapat 5 CPUV 
sedang berlangsung di blog ini.
Walaupun sejak akhir-akhir ini, 
pengunjungnya makin berkurangan 
tapi pihak penaja masih sudi menaja blog ini.
Terima kasih diucapkan. 
Tiga cpuv lagi, berlangsung di blog lagi satu

Jika ada yang sudi klik untuk informasi yang lebih lanjut, amat-amat dialu-alukan!