Followers

Sunday, December 29, 2013

Vermicelli Goreng


Biasanya guna mee kuning atau bihun saja, tapi kali ini guna pasta jenis vermicelli. Ubah selera, rupa-rupanya sedap juga.

Bahan utama : Sebungkus vermicelli ~ rebus sehingga lembut dan toskan.

Bahan tumis :

2 sudu besar bawang kisar
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos kicap manis
1 sudu besar sos kicap masin
1 kiub perasa ayam

Bahan-bahan isi :
2 keping fish cake - potong kecil-kecil
2 biji telur - goreng hancur

Cara Memasak :
1. Tumis bawang + cili boh hingga garing. Masukkan semua bahan tumis + sedikit air.

2. Bila sudah sebati masukkan bahan-bahan isi + garam + gula secukup rasa. Tambahkan air untuk banyakkan kuahnya.

3. Masukkan vermicelli dan tutup kuali dalam 5 minit. Kecilkan api. Gaul ratakan dengan kuah. Setelah kuah agak pekat, tutup api. Siap untuk dihidangkan panas-panas.

P.S. boleh juga letak daun kucai dan taugeh. Sedap juga. Selamat mencuba :)


No comments: