Hayatilah....

advertorial

Followers

Saturday, June 6, 2015

Kepentingan Sumber Semulajadi kepada Pembangunan Negara

Antara kepentingan sumber semulajadi kepada pembangunan negara ialah :

1. Menyediakan peluang pekerjaan.

Penerokaan sumber hutan, mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan samada secara langsung atau tidak langsung. Contohnya sebagai pembalak, pembawa lori balak dan pengendali jentolak. Kegiatan pembalakan juga mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang industri hiliran seperti pekerjaan di kilang papan dan  kilang kertas.

Penerokaan sumber mineral seperti perlombongan bijih timah telah mewujudkan peluang pekerjaan sebagai pendulang timah. Manakala penemuan petroleum dan gas asli di luar perairan Terengganu, Sabah & Sarawak memberi peluang pekerjaan kepada penduduk sebagai jurutera petroleum, penggerudi minyak, dan pemandu lori tangki minyak.

2. Menyumbangkan pendapatan eksport kepada negara.

Hasil pembalakan seperti kayu balak, kayu gergaji, dan papan lapis mendapat permintaan tinggi dari negara luar terutamanya dari Jepun dan Singapura.
Begitu juga dengan hasil petroleum dan gas asli dieksport ke negara Singapura.

3. Membuka Petempatan Baru

Penerokaan hutan mewujudkan bandar baru seperti Sandakan di Sabah dan Temerloh di Pahang.
Penerokaan petroleum telah mengubah perkampungan nelayan menjadi bandar baru seperti Kerteh, Bintulu (gas asli), Miri dan Lutong.
Begitu juga dengan perlombongan bijih timah telah mengubah petempatan perlombongan cina menjadi bandar seperti Ipoh dan Taiping di Perak, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Negeri Sembilan.

4. Pembangunan Insfrustruktur

Setiap penerokaan kawasan, akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan  elektrik. Kemudahan perhubungan juga disediakan seperti pejabat pos dan telefon.
Jalan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan keretapi juga diadakan untuk menghubungkan kawasan penerokaan dengan kawasan perindustrian atau pelabuhan.

5. Bahan mentah 

Penerokaan sumber mineral seperti petroleum telah membangunkan industri petrokimia di Kerteh dan Miri kerana telah menyediakan bahan mentah iaitu petroleum kepada industri-industri ini. Contohnya industri membuat cat, plastik dan farmaseutikal.

Begitu juga dengan kegiatan pembalakan telah membekalkan bahan mentah kepada  industri hiliran seperti kilang papan, kilang perabut dan kilang kertas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...