Followers

Sunday, June 21, 2015

Cadangan atau Cara-cara Meningkatkan Pendapatan Isi rumah

Pada masa sekarang, terdapat berbagai cara atau langkah untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Antaranya ialah

1. Perniagaan Online.

Bagi mereka yang ada kemahiran berkomputer, ini merupakan satu peluang untuk menjana pendapatan atas talian. Tapak-tapak media sosial seperti Blog, Facebook, Twitter dan Instagram menjadi medium paling sesuai untuk perniagaan online ini. Melalui konsep 'drop ship', seseorang agen yang aktif memperolehi pendapatan lumayan. Malahan ada yang mencecah ribuan ringgit sebulan.

Contoh perniagaan online yang mendapat sambutan ialah perniagaan kain tudung, baju kurung, jubah dan barang-barang kosmetik.

2. Perniagaan di rumah.

Bagi suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai kemahiran menjahit, menyulam dan seumpamanya boleh meningkatkan pendapatan keluarganya dengan mengambil upah menjahit dan menyulam pakaian. Pada masa sekarang, sehelai baju kurung, upah menjahitnya antara RM30 hingga RM50. Sudah tentu aktiviti ini berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya.

3. Guru tuision berbayar.

Bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat, terdapat guru-guru yang membuat kelas tuision di rumah atau di pusat tuision. Biasanya, bayaran yang dikenakan ke atas seorang pelajar ialah RM60 sebulan untuk satu mata pelajaran. Jelas menunjukkan pendapatan yang diperolehi sebagai guru tuision ini agak lumayan dan dapat meringankan bebanan kos hidup masa kini.

4. Perniagaan homestay/rumah tamu/ rumah sewa.

Ini merupakan sumbangan pendapatan yang agak besar kepada sesebuah keluarga. Harga sewaan semalam bagi homestay antara RM150 hingga RM180. Sementara bayaran sewaan rumah sebulan pula antara RM500 hingga RM700. Lazimnya, golongan berpendapatan tinggi yang memiliki rumah melebihi sebuah, cenderung untuk menjadikan rumahnya sebagai rumah sewa/ homestay. Ini merupakan satu cara untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

5. Melakukan Dua Kerja atau Lebih.

Tidak mustahil seseorang itu melakukan banyak kerja untuk menambahkan pendapatannya, jika pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarganya. Contohnya, pada sebelah pagi, bekerja sebagai guru dan di sebelah petangnya berniaga di pasar malam. Ada juga yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan di sebelah siang, sementara di sebelah malamnya menjadi Jaga Bangunan.

6. Menjual barang-barang terpakai.

Walaupun jumlah hasil jualan barang-barang terpakai seperti bateri lama (RM5.00), suratkhabar lama (10 - 20 sen/kg), dan botol plastik/botol kaca (20 sen/botol)  tidak banyak, tetapi aktiviti ini merupakan punca pendapatan sampingan bagi golongan pendapatan kecil seperti tukang sapu sekolah.





No comments:

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...