Followers

Monday, February 23, 2015

Ekuinoks Musim Bunga

Sekarang ni, kita telah menghampiri ke akhir bulan Februari. Ini bermakna bumi akan memasuki fasa sepertiga peredarannya mengelilingi matahari. Apabila memasuki bulan Mac, cuaca di negara kita (Malaysia) akan mengalami suhu yang agak tinggi daripada biasa.
 Fenomena ini terjadi kerana negara kita, iaitu Malaysia terletak di garisan khatulistiwa yang mana pada bulan Mac ini, matahari berada di garisan khatulistiwa. Oleh sebab itu, negara-negara di sekitar garisan khatulistiwa seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Selatan Thailand dan Vietnam mengalami cuaca yang agak panas pada bulan Mac hingga Mei. Situasi ini dinamakan ekuinoks musim bunga, iaitu di hemisfera utara ketika itu mengalami musim bunga.Negara-negara seperti England dan negara Eropah yang lain ketika bulan Mac hingga Mei diwarnai dengan pelbagai bunga yang cantik! 


Berdasarkan gambarajah di atas, ekuinoks berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada kedudukan I yang di panggil ekoinoks musim bunga dan kedudukan III yang dipanggil ekuinoks musim luruh.

Sunday, February 1, 2015

Faktor Pemilihan Tapak Petempatan Luar Bandar/Bandar

Antara faktor-faktornya ialah :

1. Bentuk Muka Bumi

       Tanah pamah yang rata dan luas biasanya menjadi tarikan untuk dijadikan petempatan. Kegiatan ekonomi seperti pertanian, perikanan dan perindustrian sesuai dijalankan di kawasan ini. Kemudahan infrustruktur seperti jalan pengangkutan, perhubungan, bekalan air dan elektrik dapat disediakan dengan mudah. Darjah ketersampaian ke tempat ini juga tinggi berbanding petempatan di kawasan tanah tinggi. Contohnya : Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Besut, dan Lembah Klang.

2. Tanah yang subur

        Kesuburan tanah juga menjadi pilihan petempatan dibina di situ. Contohnya, tanih aluvium yang sesuai dengan tanaman padi menyebabkan Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan menjadi pilihan penduduk untuk menanam padi dan mendirikan petempatan di kawasan tersebut. Tanah laterit di Dataran Johor menjadi tarikan penduduk untuk kegiatan peladangan getah dan kelapa sawit. Pembukaan KEJORA menyebabkan banyak petempatan dibina dan taburan penduduknya menjadi sederhana padat.

3. Kedudukan Yang Strategik

       Pada zaman awal petempatan, lokasi yang menjadi pilihan petempatan ialah gua dan puncak bukit. Contohnya Gua Niah di Malaysia. Ini kerana gua dan kawasan tanah tinggi boleh melindungi penduduk daripada ancaman musuh dan binatang buas.
       Lokasi strategik seperti di tebing sungai, pinggir laut juga menjadi pilihan petempatan. Kawasan ini sesuai dijadikan pelabuhan. Contohnya : Kuantan dan Kuala Lumpur (Pelabuhan Klang).

4. Sumber Alam

      Penemuan sumber alam seperti bijih timah menyebabkan kawasan Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban dibangunkan sebagai petempatan perlombongan bijih timah. Kertih, Miri dan Lutong pula dibangunkan kerana penemuan petroleum, sementara Bintulu pula kerana sumber gas asli.

5. Peranan Governan

        Tindakan pihak kerajaan membuka kawasan pembangunan wilayah seperti KEJORA (Johor), KSEDAR (Kelantan), KETENGAH (Trengganu), DARA (Pahang) serta pembangunan tanah persekutuan (FELDA & FELCRA) untuk dijadikan kawasan perladangan getah & kelapa sawit; telah menyebabkan kawasan yang tiada penduduk ini menjadi kawasan petempatan yang sederhana padat penduduknya.

         Pembinaan lebuhraya di seluruh Semenanjung Malaysia juga menyebabkan wujudnya petempatan di sepanjang lebuh raya tersebut. Contohnya : Ayer Keroh di Lebuh raya Utara-Selatan.

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...