Hayatilah....

advertorial

Followers

Wednesday, January 30, 2013

Syukur...masih ada BE menari-nari!


Sekarang ni semua berminat kepada smart phone
Terbaru iPhone 5 dari Syarikat Telekomunikasi Apple
Juga terkini CPUV dalam blog ini
Jika nak tahu segeralah klik iklan ini...
 

Sunday, January 27, 2013

Talapia Masak Sweet Sour


Ikan talapia ini sedap dimakan dengan masakan tiga rasa atau pun sweet sour. Kali ini, saya masak talapia masak sweet sour. Jom ikuti cara-cara memasaknya.

1. Goreng garing ikan talapia dalam minyak yang panas. Ketepikan.

2. Kisar bawang putih (3 ulas), bawang besar (1 labu) dan halia (1 inci) sehingga lumat.

3. Tumis bahan kisar ini sehingga naik bau. Masukkan sos tomato (3 sudu besar) dan sos cili (3 sudu besar).

4. Masukkan sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhirnya masukkan ikan talapia yang sudah digoreng itu. Dah pun siap.

Selamat mencuba...senang je kan :)


Thursday, January 24, 2013

Jenis-jenis Bandar

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis bandar berdasarkan fungsi/peranannya. Antaranya ialah

1. Bandar Pentadbiran

Lazimnya, bandar yang merupakan ibu negeri atau ibu negara merupakan bandar pentadbiran. Contohnya bandar Alor Setar di Kedah; Ipoh di Perak; Kuantan di Pahang dan Kuala Terengganu di Terengganu.

2. Bandar Di Raja

Bandar ini dikenal bandar diraja kerana raja atau kaum kerabat raja tinggal di sini. Antaranya Arau di Perlis, Klang di Selangor, Kuala Kangsar di Perak, Seri Menanti di Negeri Sembilan dan Pekan di Pahang.

3. Bandar Pendidikan

Pembinaan pusat-pusat pengajian seperti kolej dan universiti. Contohnya UKM di Bandar Baru Bangi, Selangor; UUM di Sintok, Kedah; dan UPSI di Tanjung Malim, Perak. 

4. Bandar Pertanian/Pembangunan Wilayah

Bandar yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian seperti Bandar Muadzam Shah dan Bandar Jengka di Pahang, Bandar Permaisuri di Terengganu dan Bandar Cheneh di Terengganu.

5. Bandar Satelit

Bandar sokongan kepada bandar induk. Contohnya Petaling Jaya di Selangor, Senawang di Negeri Sembilan dan Ayer Keroh di Melaka. 

6. Bandar Perlombongan

Bandar yang wujud akibat kegiatan perlombongan. Contohnya bandar Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban yang wujud hasil perkembangan perlombongan bijih timah.
Manakala bandar Kertih, Miri dan Lutong pula hasil dari perkembangan perlombongan petroleum. Bintulu pula terkenal kerana kegiatan perlombongan gas asli dan merupakan pelabuhan terbesar yang mengendalikan pengeksportan gas asli di Malaysia.

7. Bandar IT

Cyberjaya merupakan bandar IT di Malaysia.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...