Followers

Showing posts with label pencemaran. Show all posts
Showing posts with label pencemaran. Show all posts

Friday, July 19, 2013

Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah Mengatasinya

Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara, disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur, penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu  adalah kerana pembakaran gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik, biomas dan tenaga suria.  Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuk tenaga biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.

7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan pernafasan.  

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentuk awan tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb. 
  


Monday, July 8, 2013

Langkah-langkah mengatasi jerebu

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Penguatkuasaan undang-undang.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.

Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.

2. Pendidikan alam sekitar.

Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu.

3. Kempen kesedaran alam sekitar.

Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar.

4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan.

Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu! Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan.

4. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara.

5. Penggunaan catalytic converter

Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.

6. Memakai topeng muka.

Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.

7. Kempen kitar semula.

Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru.
Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu  getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.


Wednesday, July 3, 2013

Kesan Jerebu

Antara kesan jerebu ialah

1. Mengehadkan jarak penglihatan.

Jarak penglihatan terhalang oleh asap tebal yang menyebabkan jerebu.

2. Menjejaskan aktiviti harian.

Contohnya, penutupan sekolah kerana bahaya kepada pelajar dan warga sekolah. Keadaan darurat, semua aktiviti di luar rumah terpaksa dihentikan.

3.Penyakit

Udara dipenuhi partikel-partikel berbahaya dan meningkatkan risiko penyakit berkaitan paru-paru seperti radang paru-paru dan asthma (lelah). Batuk dan sesak nafas yang teruk bagi pengidap lelah.
Kulit menjadi gatal-gatal (exzema) kerana terdedah kepada udara yang tercemar.

4. Hujan Asid

Oleh kerana udara dipenuhi gas-gas beracun, apabila hujan akan membentuk hujan asid yang bahaya kepada hidupan. Sumber air juga akan tercemar! Tanah menjadi berasid, hasil pertanian juga terjejas!



Sunday, June 30, 2013

Jerebu

Jerebu merupakan satu fenomena cuaca akibat tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Antara punca-punca berlakunya jerebu ialah

1. Pembakaran terbuka.

Pembakaran ladang-ladang kelapa sawit di Riau dan selatan Sumatera telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk bagi negara Malaysia terutamanya di Muar dan Ledang di Johor. 

2. Pelepasan asap kilang.

Pelepasan asap kilang juga menyebabkan kejadian jerebu terutamanya di kawasan perkilangan kelapa sawit dan getah.

3. Pelepasan asap dari stesen jana kuasa elektrik terma

Asap yang dilepaskan dari stesen jana kuasa elektrik terma yang menggunakan bahan api gas asli, petroleum dan arang batu juga cenderung menyebabkan jerebu. Contohnya di Paka, Terengganu yang menggunakan gas asli sebagai bahan bakarnya telah menyebabkan kejadian jerebu.

4. Pelepasan asap kenderaan.

Peningkatan kenderaan bermotor seperti bas, lori dan kereta di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur juba boleh membawa kepada kejadian jerebu. Pengangkutan awam seperti bas dan lori yang menggunakan minyak diesel telah melepaskan asam hitam yang cenderung mencemarkan udara dan jerebu.

5. Pembakaran terbuka dari sektor rumah tangga.

Sikap sesetengah penduduk yang sering membakar sampah sarap dan daun-daun kering, juga menyumbang kepada kejadian jerebu.

6. Pembakaran jerami oleh petani padi sawah.

Setelah selesai musim menuai, kebanyakkan petani membakar jerami dengan tujuan menyuburkan tanah. Tetapi tindakan ini boleh membawa kepada kejadian jerebu.

7. Pembakaran hutan.

Pembakaran hutan sama ada secara sengaja atau tidak, telah menyebabkan pencemaran udara dan jerebu yang teruk. Kita dikejutkan dengan berita kebakaran hutan yang mengorbankan nyawa manusia dan memusnahkan hutan dalam skala yang besar akibat kecuaian manusia seperti membuang puntung rokok atau tidak memadamkan api memasak di kawasa perkhemahan. Keadaan bertambah teruk dengan cuaca kemarau yang melanda kini.

Berikut adalah nilai IPU untuk kualiti udara :

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

link : Jerebu - Wikipedia Bahasa Melayu

Monday, November 5, 2012

Pulau Haba ~ Langkah mengurangkan kesan pulau haba





Antara  langkah-langkah untuk mengurangkan kesan fenomena pulau haba di bandar-bandar besar ialah

~     Memperbanyakkan kawasan hijau

~     Mewujudkan lebih banyak tasik / badan air di bandar
~     Mengurangkan pembinaan bangunan pencakar langit

~     Mengurangkan penggunaan bangunan  berdindingkan kaca

~     Mewajibkan kilang memasang alat penapis  asap

~     Kuatkuasa undang-undang / mengenakan denda berat kepada  kilang yang membebaskan banyak asap
~     Kempen kongsi kereta ke tempat kerja

~     Kempen penggunaan petrol tanpa plumbum

~     Menggunakan insinerator untuk membakar sampah

  Menggunakan kenderaan awam

  Mengantikan penggunaan bahan api fosil dengan tenaga mesra  alam


Sunday, November 4, 2012

Pulau Haba ~ Kesannya terhadap alam sekitar



Antara kesan-kesan akibat fenomena pulau haba terhadap alam sekitar ialah

~     Peningkatan suhu

~     Kelembapan bandingan  rendah

~     Kadar kehilangan air dari badan tinggi / rehaidrasi tinggi

~     Kadar penggunaan pendingin hawa meningkat

~     Menjejaskan aktiviti seharian penduduk

~     Tekanan udara menjadi rendah 

~     Pergerakan udara agak terbatas

~     Gas oksigen berkurangan

~     Gas karbon dioksida meningkat


Saturday, November 3, 2012

Pulau Haba ~ Faktor Kejadian Pulau Haba














































Pulau Haba merupakan fenomena cuaca yang berlaku hanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Georgetown.

Faktor-faktor utama kejadian pulau haba ialah


~     Banyak bangunan konkrit yang menyerap haba waktu siang dan  membebaskannya   waktu malam

~     Bangunan didirikan rapat-rapat menghadkan  pergerakan udara

~     Bangunan didirikan tinggi-tinggi

~     Bangunan-bangunan berdindingkan kaca atau cermin

~     Banyak permukaan berturap

~     Kurangnya tumbuh-tumbuhan

~     Banyak kilang dan kenderaan yang  membebaskan bahan  api  fosil

~     Banyak pembakaran terbuka

~     Kesesakan lalu lintas yang sering berlaku

~     Kurangnya permukaan berair di bandar
 

Wednesday, September 28, 2011

Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Bau


Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran bau ialah :

1. Penguatkuasaan Undang-undang

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.
Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah. 

2. Gotong Royong

Selain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah. 
 
3. Program Kitar Semula

Bahan-bahan buangan seperti kertas, botol plastik dan kotak kertas boleh dikitar semula. Aktiviti kitar semula ini ada dijalankan oleh Persatuan Budha di sekolah. Pelajar digalakkan menyertai program ini supaya longgokan sampah di tempat pembuangan sampah dapat dikurangkan. Di samping itu, kerusi dan meja yang rosak juga dibaik pulih oleh pelajar KH melalui Aktiviti Selepas PMR.
  
4. Pendidikan Alam Sekitar

Pendidikan alam sekitar ini dilaksanakan melalui mata pelajaran seperti Geografi, Sivik, dan Pendidikan Moral. Panitia Sivik telah menjalankan aktiviti kitar semula dengan tujuan menerapkan kesedaran kepada pelajar menjaga kebersihan kelas. Oleh itu, setiap kelas akan diletakkan satu bakul untuk diisi dengan bahan kitar semula (kertas dan plastik) dan bahan ini akan dihantar kepada Persatuan Budha untuk dihantar ke pusat kitar semula. 
 
 
Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...