Followers

Friday, March 16, 2012

Kerja Kursus Geografi : Lampiran

Setiap pelajar perlu menyertakan empat bahan lampiran atau lebih. Antaranya :

1. Surat-surat:

~ Surat pengenalan diri calon
~ Surat kebenaran membuat kajian
~ Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga

Semua surat-surat ini akan disediakan oleh pihak sekolah (panitia geografi) dan diedarkan oleh guru-guru mata pelajaran geografi kepada pelajar/calon. Pelajar perlu menyimpan surat-surat ini dan mengisikan maklumat yang diperlukan seperti nama pelajar/calon, kelas dan nombor kad pengenalan.

2. Soalan temu bual

Jika menggunakan kaedah temu bual, soalan yang ditemubual hendaklah diletakkan di bahagian lampiran.

3. Borang soal selidik/borang pemerhatian

Jika menggunakan kaedah soal selidik/pemerhatian, set soalan soal selidik/pemerhatian hendaklah diletakkan di bahagian lampiran.

4. Gambar/foto

Gambar yang berkaitan dengan KKG seperti kawasan perniagaan pasar malam.

5. Bahan daripada pelbagai sumber ~ majalah, surat khabar dan internet. Semua bahan ini mestilah yang asal, bukan yang difotostat.


4 comments:

Syazwan Husaini bin Muhamad Yusoff said...

terima kerana memberi maklumat...

teratai said...

Syazwan ~ sama-sama:))

Anonymous said...

trima kasih kerana memberi maklumat..
JaSaMu AkAn Ku KeNaNg!! ^_^

teratai said...

Sama-sama:)