Followers

Sunday, March 11, 2012

Penulisan Kerja Kursus Geografi : Pendahuluan

Terdapat 3 perkara yang perlu dititikberatkan:

1. Tajuk Tugasan ~ mesti dinyatakan dengan lengkap iaitu mengandungi kawasan kajian, daerah/bandar dan negeri.

Contoh : Tajuk kerja kursus geografi yang saya pilih ialah Perniagaan Pasar malam di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

2. Sebab pemilihan kawasan kajian berkenaan. Perlu beri 2 sebab. Sebab-sebab yang relevan ialah

Saya memilih kawasan kajian ini kerana

i) Kawasan kajian merupakan tempat tinggal/kediaman saya.
ii) Kawasan kajian terletak berhampiran dengan sekolah saya.
iii)Terdapat aktiviti perniagaan pasar malam/pasar tani/pasar minggu sama ada di tempat kediaman atau berhampiran sekolah. Ini memudahkan lawatan ke kawasan kajian kerana terletak berdekatan dengan tempat kediaman atau sekolah.  

3. Tempoh kajian yang diperuntukan untuk menyiapkan kajian. Perlu ditulis ....

Masa yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus geografi ini ialah 8 minggu atau 2  bulan.

No comments: