Hayatilah....

jdr

advertorial

Followers

Sunday, March 4, 2012

Cadangan Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Pasar Malam

Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah :

1. Menyediakan Kemudahan Asas ~ Bagi mengelakkan pencemaran sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam, pihak PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan boleh meletakkan lebih banyak tong-tong sampah di sekitar pasar malam ini. Dengan ini, bungkusan plastik minuman dan makanan akan dibuang ke dalam tong sampah itu.

2. Pengawalan harga ~ Pihak berwajib seperti PBT mesti selalu meronda atau melakukan pemantauan mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal dan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh peniaga. Di samping itu, pegawai  PBT juga boleh mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan dan memastikan semua peniaga telah menerima suntikan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini bertujuan memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada pembeli.

3. Kempen kesedaran ~ Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap. Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan.

Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat!

9 comments:

gnesop.com said...

ada pasar malam pun susah, x der pun susah.. :)
kalau semua faham, ok jer kan?

teratai said...

gnesop.com ~ betul apa yg dikata, kalau sama2 jaga kemudahan yg diberi mesti bersihkan bumi kita!

Anonymous said...

bule x nk ambik isi dlm ni??keini contoh?

teratai said...

boleh je nak ambik, tapi mesti bersesuaian dengan kawasan kajian anda.

Anas Yunus said...

Cikgu.. ada org ckp kita kena ckp tntg apa yg responden pilih paling bnyk?? betul ke?? atau..kita boleh pilih jer mane2..

teratai said...

Anas ~ lebih baik yg dipilih oleh responden dan berdasarkan pemerhatian kita di tapak kajian!

Syazwan Husaini bin Muhamad Yusoff said...

tahank you so much for your help...

Syazwan Husaini said...

thank you so much for your help...

teratai said...

Syazwan ~You're welcome

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...