Hayatilah....

Followers

Wednesday, October 24, 2012

Hutan Hujan Tropika

Hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa merupakan hutan tertua dan meliputi 70% keluasan hutan di Malaysia. Hutan hujan tropika tumbuh dengan subur di kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1000 meter. Hutan ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

Lokasi Hutan hujan tropika boleh dilihat dalam peta dunia di bawah :

Peta : Lokasi Hutan Hujan Tropika di dunia.
 
 
 Antara ciri-ciri utama hutan hujan tropika ialah 

~4 lapisan yang nyata iaitu lapisan paling atas dipanggil renjong, lapisan kanopi, lapisan tengah dan lapisan lantai hutan.
 

Lapisan renjong atau emergen terdiri daripada pokok-pokok yang sangat tinggi,iaitu melebihi 40 meter.Pokok-pokok ini tumbuh tinggi untuk mendapatkan sinaran matahari yang mencukupi.Pokok-pokok ini mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang.

Lapisan kanopi ~ ketinggian pokok antara 20 hingga 40 meter.Pokok-pokok di lapisan ini tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari dari sampai ke lanyai hutan.

 Lapisan tengah ~ pokok-pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter tinggi.Tumbuh-tumbuhan yang biasa terdapat di lapisan ini ialah epifit dan parasit.Apakah perbezaan antara epifit dengan parasit? Tumbuh-tumbuhan epitif tumbuh di batang ,ranting,atau di daun pokok yang masih hidup.Contoh epitif ialah paku tanduk lapisan tengah .Tumbuh -tumbuhan ini bergantung pada pokok besar hanya untuk sokongan dan mendapatkan cahaya matahari.

Lapisan bawah atau lantai hutan ~ pokok-pokok yang kurang 10 meter tingginya.Tumbuh-tumbuhan seperti cendawan,pokok renek,semak samun,dan pokok herba kecil didapati di lapisan ini.Tumbuh-tumbuhan di lantai hutan tumbuh jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari.
 
~Berakar banir : Menyokong pokok daripada tumbang!

Akar Banir

  ~Malar hijau : Mempunyai daunnya hampir seluruh masa!

Batang lurus dan Tinggi
~ Pokok Tinggi dan berbatang lurus : Batang pokoknya lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok!

~ Pelbagai spesies pokok kayu keras : Hutan ini juga mempunyai pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti,cengal,merbau,balau,dan seraya. Spesies ini tumbuh bercampur-aduk dalam kawasan hutan hujan tropika.

2 comments:

zan said...

waah!!.giografi yg baik.

teratai said...

Terima kasih:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...