Followers

Monday, October 29, 2012

Terumbu Karang : Faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhannya

 

Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang telah wujud sejak beribu tahun, malah berjuta tahun dahulu dan terbina daripada organisma-organisma yang sangat kecil saiznya. Kebanyakan terumbu karang yang tua telah wujud sejak 25 juta tahun dahulu. Hanya di kawasan terumbu karang kita boleh menjumpai organisma yang telah melalui evolusi selama berjuta tahun.

Faktor-faktor yang menggalakkan pertumbuhan terumbu karang ialah :


1. Suhu air laut, 20°C - 30°C
     Terumbu karang hidup subur pada suhu 20 °C hingga 28 °C. Hal ini kerana, karang tidak dapat hidup pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan pembentukan karang tersebut. Maka, secara tidak langsung, kedalaman aras laut turut berperanan sama untuk pertumbuhan bagi karang tersebut.

2.  Kedalaman lautan kurang daripada 55 meter
     Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis.

3.     Air laut yang bersih dan jernih
       Terumbu karang tidak boleh hidup dalam keadaan air laut yang tercemar.Terumbu karang membesar dengan cepat di dalam air yang jernih, bebas pencemaran (bersih) dan ditembusi oleh cahaya matahari.

4.     Kemasinan air laut antara 30% hingga 40%
        Terumbu karang boleh membesar dengan baik di kawasan perairan laut yang luas seperti perairan Laut China Selatan kerana kemasinan air lautnya sekitar 35%. 

5.     Terdapat tindakan ombak, arus dan pasang surut
         Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang.

link : wikipedia bahasa melayu

No comments: