Followers

Sunday, October 14, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Meriah sungguh dunia blogging
Penuh dengan segmen itu dan ini
 Aku pun nak join seiring
Segmen Berpantun Mialiana,com ini


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju2ki1Sn7cwgFFXXIVWZVVfzl1CMHVLSRIV9RLVeoEP7Ie0OUYGh9bUwZLMzdslWLcMN8L-eAy6K2hD5IgtkkYeEldxhv-tUzB_E1stzU94fnBefC4fbVsO-nEI10Y_aFZC8C-ufcB74A/s1600/segmenmialiana_pantun.gif 

Tarikh tutupnya tak lama lagi,
 Iaitu esok tarikh akhirnya,
Jadi apa ditunggu lagi,
Kliklah banner di atas sertai bersama!

 Si Mia Liana menjual pantunnya,
Sebagai syarat penyertaannya,
Jadi kenalah aku menjawab pantunnya,
Sebagai tanda persetujuan terima syaratnya!

Inilah dia pantun jualan si Mia Liana,
Berwarna biru cantik sekali,
Pantun balasan dari ku penuh makna,
Merah menyala menyerlah sekali!

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
   

Bunga dipuja bunga seroja
Diselit berseri di baju kebaya
Panggilan manja teratai saja
Hanya dikenal di alam maya

Si anak memanggil ibunya mama
Si ibu yang tidur terus terjaga
Sudah ada anak lima
Itu bermakna sudah berkeluarga!

Cantik sungguh berkebaya nyonya
Diigayakan pula si anak dara
Sudah berkerjaya berpuluh tahunnya
Menunggu masa untuk bersara!

Waktu malam sejuknya sayang
Waktu siang panas berbahang
Asalnya dari negeri ulit mayang
Kini merantau ke negeri Pahang.

Lemah lembut bersopan santun
Berjalan bagai semut tak mati
Selesai sudah segmen berbalas pantun
Moga si Mia Liana berkenan di hati!

6 comments:

Unknown said...

terima kasih saya ucapkan
sudi singgah blog miz ruha
saya datang nak balas kunjungan
sambil baca pantun segmen kak mia

haha! xpandai nak balas pantun... :)

Kisah Sayang Safuraa said...

hehehe..amboi, konsep entry sumer berpantun..kreatif betul awk ni..heheehe..smoga berjaya, salam singgah dari sy..

Mia Liana said...

Lama sungguh tidak bersua
Dari jauh kenal rupanya
Blogger bertuah yang kedua
Bunga Teratai harum baunya

http://www.mialiana.com/2012/10/pengumuman-pemenang-segmen-mialianacom.html

ecadwinkyasha said...

tahniah sebab da menang!.
jemput join GA & Contest eca pulak yer....

www.ecadwinkyasha.com :)

Unknown said...

tahniah2..dah menang pantun :)

Mia Liana said...

pantun telah di review

http://www.mialiana.com/2012/10/review-pantun-blogger-bertuah-kedua.html

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...