Followers

Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Tuesday, December 11, 2012

Segmen Blogwalking Cuti Sekolah

Sesiapa nak join klik banner di atas ya!

Tarikh tutup : 20/12/12

Ganjaran  : Blog Review oleh Miss Bloggie (penganjur segmen)

***Blog Miss Bloggie (Farah) ~ ringan !!***

Monday, December 10, 2012

Segmen : Pencarian Blogger Baru

 

Sesiapa nak join sila klik banner di atas

Tarikh Tutup: 31/12/12(tertakluk kepada perubahan)

Follower sekarang : 215

Wednesday, November 14, 2012

Segmen BW Cuti-Cuti By Emas Putih





Sesiapa nak join klik kat sini

Tarikh segmen : 13.11.12/00.00am - 26.11.12/11.59pm (2 Weeks)

Hadiah : RM10 topup untuk 3 blogger bertuah by random.

Sunday, November 4, 2012

SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER


Sesiapa nak join, sila klik gambar banner kat atas tu ya!

Tarikh tutup : JUMAAT 9/11/2012 jam 11.00 malam

Jom join ramai-ramai, meriahkan lagi dunia blogging!
 

Friday, October 26, 2012

Segmen:Bloglist Akhir Tahun by Liyana Syafiqah

 


Segmen ini bermula 20/10/2012~23/11/2012

Jika nak join sila klik banner diatas:)

Wednesday, October 24, 2012

SEGMEN BLOGLIST PELANGI ME & MY FAMILY


Sesiapa nak join sila klik banner di atas...

Tarikh tutup : 30 Oktober, 2012.

Masih sempat lagi tu....jom join ramai-ramai,
baru meriah:)

Ada hadiah misteri menanti...

Monday, October 15, 2012

Segmen Miz Ruha/Lesen

 Segmen seterusnya yang aku nak join ialah segmen Miz Ruha/Lesen. Tarikh tutupnya : 19 Oktober,2012, jam 5 petang. Masih sempat nak join, klik aje banner di bawah...



 Ceritanya bermula 25 tahun dulu....

Ketika itu aku masih lagi menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia di tahun akhir. Aku ada seorang kawan yang sudah bersuami mempunyai seorang anak perempuan. Kawan aku ini, aku panggil R. Suatu petang tu, si R ni ajak aku naik motorsikal ronda-ronda seluruh kampus dan tujuan sebenarnya melihat anaknya yang dijagai oleh isteri pengawal  di kuarters jaga (kalau tak salah akulah, ingat-ingat lupa sebabnya, almaklum sudah 20 tahun lebih peristiwa ini berlaku!). 

Tapi yang aku tak boleh lupa cara si R ni bawa motor...kecut perut aku dibuatnya! Laju berdecun, kata orang ganu! Aku peluk pinggang si R ni kuat-kuat ketika tiba bab corner/selekoh...si R ni pun perasan. Aku kata, "tobat, lepas ni aku tak kan naik motor lagi!" Dalam hati, aku terdetik "Ada lesen ke dok si R ni bawa motor...macam tak dok lesen je gayanya!"

Kisah si R ni tak habis di situ je...

Kini si R sudah tiada bersamaku....dia telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau telah kembali ke rahmatullah dalam usia mudanya 25 tahun. Beliau meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di London, England. Aku difahamkan si R memandu kereta ketika kemalangan itu. Apa yang aku terkilan, 6 bulan sebelum pemergian R, aku menerima sepucuk surat daripada R menyatakan banyak perkara nak dikongsi bersamaku bila R pulang dari England.

Itulah ketentuan Ilahi...kita merancang Allah menentukan. Apa yang ingin R kongsikan menjadi tanda tanya buatku sampai bila-bila....

Semoga roh R ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.....amin.

Setiap kali melihat lesen memanduku, akan terbayang kisah si R ini yang menyebabkan aku melarang anak-anakku mengambil lesen motor! Ambil lesen kereta lebih selamat! 

Sunday, October 14, 2012

Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun

Meriah sungguh dunia blogging
Penuh dengan segmen itu dan ini
 Aku pun nak join seiring
Segmen Berpantun Mialiana,com ini


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEju2ki1Sn7cwgFFXXIVWZVVfzl1CMHVLSRIV9RLVeoEP7Ie0OUYGh9bUwZLMzdslWLcMN8L-eAy6K2hD5IgtkkYeEldxhv-tUzB_E1stzU94fnBefC4fbVsO-nEI10Y_aFZC8C-ufcB74A/s1600/segmenmialiana_pantun.gif 

Tarikh tutupnya tak lama lagi,
 Iaitu esok tarikh akhirnya,
Jadi apa ditunggu lagi,
Kliklah banner di atas sertai bersama!

 Si Mia Liana menjual pantunnya,
Sebagai syarat penyertaannya,
Jadi kenalah aku menjawab pantunnya,
Sebagai tanda persetujuan terima syaratnya!

Inilah dia pantun jualan si Mia Liana,
Berwarna biru cantik sekali,
Pantun balasan dari ku penuh makna,
Merah menyala menyerlah sekali!

Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana
   

Bunga dipuja bunga seroja
Diselit berseri di baju kebaya
Panggilan manja teratai saja
Hanya dikenal di alam maya

Si anak memanggil ibunya mama
Si ibu yang tidur terus terjaga
Sudah ada anak lima
Itu bermakna sudah berkeluarga!

Cantik sungguh berkebaya nyonya
Diigayakan pula si anak dara
Sudah berkerjaya berpuluh tahunnya
Menunggu masa untuk bersara!

Waktu malam sejuknya sayang
Waktu siang panas berbahang
Asalnya dari negeri ulit mayang
Kini merantau ke negeri Pahang.

Lemah lembut bersopan santun
Berjalan bagai semut tak mati
Selesai sudah segmen berbalas pantun
Moga si Mia Liana berkenan di hati!

Sunday, September 23, 2012

Segmen : Saya nak hadiah misteri dari si Pipi Merah




 



Syaratnya mesti follow blog si Pipi Merah.

Tarikh tutup: Terpulang kepada pemilik blog si Pipi Merah!

Jadi, jangan tunggu lama-lama nanti terlepas
hadiah misterinya!

Sesiapa nak join, klik aje gambar banner di atas!

Tuesday, September 18, 2012

Segmen : Pencarian Bloglist Sept.- Okt Mieya Atiera


 
 
Sesiapa nak join , sila klik banner di atas ya.

Jom join ...boleh naikkan trafik dan kenalan di alam maya ini!

Friday, August 31, 2012

Segmen "HanifIdrus Segmen Menerjah"

Klik banner (gambar) untuk join!


Tujuan segmen ini :  Menambah rakan/follower dan meningkatkan traffik ke blog kita!

Kena tag 2 rakan :


Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...