Followers

Tuesday, July 30, 2019

KELEBIHAN BANIR POKOK KAYU KERAS DI HUTAN HUJAN TROPIKA


View this post on Instagram

Umpama Hotel 5 Bintang Persendirian di dalam Hutan! 🏕️ . Banir mempunyai banyak kegunaan terutamanya sebagai tempat untuk kita berlindung dan berteduh ketika kita tersesat di dalam hutan. Dengan sedikit usaha, banir boleh digunakan sebagai pondok ikhtiar hidup bagi mengelakkan ancaman - ancaman di dalam hutan seperti hujan lebat, binatang buas dan kesejukan di waktu malam. Bagaimana hendak membuat pondok ikhtiar hidup? 🤔 1️⃣ Kenalpasti banir yang bersesuai dan mempunyai saiz yang mampu memuatkan kita di dalamnya (Rujuk gambar). . 2️⃣ Pastikan lokasi banir yang kita pilih tidak berada di dalam laluan air kerana ini boleh menyebabkan air bertakung di dalam pondok kita. . 3️⃣ Gunakan daun - daun atau dahan yang bersesuaian sebagai 'lantai' pondok. . 4️⃣ Bina rangka berbentuk segitiga menggunakan batang dari pokok-pokok berhampiran kita dan sandarkan pada banir (Rujuk gambar). . 5️⃣ Kumpul dan susun dahan pokok yang bersesuaian (seperti pohon nipah) untuk dijadikan atap dan dinding pondok. . 6️⃣ Selepas berpuashati, buat bukaan kecil dibahagian bawah pondok sebagai laluan untuk kita keluar dan masuk (Rujuk gambar). . TIPS PENTING! . ✔️ Pastikan pohon nipah disusun rapat dan kemas sehingga cahaya tidak boleh menembusi ke bahagian dalam pondok. . ✔️ Parang sangat - sangat penting dan membantu mempercepatkan proses membina pondok ikhtiar hidup . ✔️ Pastikan batang pokok, daun dan dahan yang digunakan diteliti dahulu dan tidak mempunyai serangga atau binatang berbisa padanya. . ✔️ Tak tahu nak buat apa? Cantikkan pondok anda dengan menganyam pohon nipah 🤣 . TAG & SHARE info berguna ini kepada kawan-kawan anda. Info ini mungkin mampu menyelamatkan nyawa. Jangan lupa FOLLOW @teragears ☺ . Https://teragears.com . #teragears #protectedcomfort #beoutdoorready #basicsurvival #ikhtiarhidup #hiking #hikingvibes #hikingadventures
A post shared by Teragears. Protected Comfort. (@teragears) on

No comments:

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...