Followers

Sunday, August 12, 2012

Masalah petempatan di Indera Mahkota.

Indera Mahkota merupakan kawasan petempatan baru yang pesat membangun. Dalam proses pembangunannya, terdapat beberapa masalah yang diwujudkan. Antaranya

1.Penipisan lapisan ozon ~ Boleh dikatakan hampir 80% kawasan perumahan di Indera Mahkota dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan peti sejuk yang menjadi punca penipisan lapisan ozon.

2. Jenayah ~ Kadar jenayah semakin meningkat di Indera Mahkota. Penduduk di sini tidak lagi meletak kereta di tepi jalan raya di luar pagar rumah kerana kes kecurian kereta amat kerap berlaku. Kejadian pecah rumah juga semakin kerap berlaku. Difahamkan kadar jenayah semakin meningkat ekoran kemasukan pekerja asing dari Bangladesh, Nepal dan Indonesia yang bekerja di stesyen minyak atau kawasan pembinaan di sini.

3. Kesesakan lalu lintas ~ Sering berlaku di awal pagi (7.30 pagi) dan waktu petang (3.30 petang) ketika pelajar mulai memasuki kawasan sekolah dan pulang dari sekolah. Ini kerana sekolah di Indera Mahkota terletak di jalan raya yang menjadi laluan utama ke bandar.

4. Pencemaran udara ~ Kenderaan yang banyak di waktu pagi menyebabkan berlakunya pencemaran udara apabila berlakunya pembebasan asap hitam bersama-sama gas karbon monoksida. Jerebu sering berlaku sehingga mengganggu penglihatan pemandu. Akibatnya sering juga berlaku kemalangan jalan raya.

5. Kepupusan flora dan fauna ~ Pembinaan kawasan perumahan, pejabat kerajaan dan pusat pendidikan menyebabkan banyak kawasan hutan ditebang. Justeru itu, haiwan seperti kera telah hilang habitatnya. Haiwan ini berkeliaran di kawasan perumahan dan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari makanan. 

Memandangkan masalah ini, kita sebagai salah seorang penghuni di sini, sepatutnya mengambil peranan berganding bahu menangani masalah ini bersama-sama. Muafakat membawa berkat!

No comments:

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...