Sambil anak-anakku menyelusuri gigian air laut dengan desiran ombak yang memukul pantai, aku berlabuh di pinggiran pasir pantai halus bak sutera sambil menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. MasyaAllah cantik sungguh alam ciptaanMU.
Ku lihat sepasang ibubapa sedang leka melayani sianak bermaian di pantaiMU. Bersyukurlah kerana masih mampu merasai keindahan ini!
Tertarik juga aku kepada lambaian layang-layang yang berewangan di langit biruMU. Begitu indah sekali.
Nun dikejauhan kelihatan seperti burung-burung sedang berterbangan di langit biruMU. Sempat aku merakamkan layang-layang burung ini apabila ia berterbangan berhampiran dengan tempat ku bersantai.
No comments:
Post a Comment