Followers

Sunday, March 4, 2012

Borang Temubual Kerja Kursus Geografi : Perniagaan Pasar Malam



SEK MEN KEB TANAH PUTIH,
KUANTAN, PAHANG.
BORANG TEMUBUAL KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012
PERNIAGAAN RUNCIT BERFOKUSKAN PASAR MALAM

NAMA PELAJAR : .............................................................................................
NAMA RESPONDEN :.......................................................................................
KAWASAN PASAR MALAM:..........................................................................
TARIKH TEMUBUAL :.....................................................................................

SOALAN TEMUBUAL:

1. Encik/Puan sering datang ke pasar malam ini?...........................................................

2. Apa barang yang biasa Encik/Puan beli?.....................................................................

3. Apakah Encik/Puan rasa harga barang di pasar malam ini murah?..............................

4. Adakah barang-barang yang dijual di pasar malam ini memenuhi cita rasa Encik/Puan?

    ..........................................................................................................................................

5. Adakah tapak pasar malam ini bersesuian?....................................................................

6. Jika tapak pasar malam ini tidak sesuai, boleh Encik/Puan beri cadangan di mana tapak yang sesuai untuk perniagaan pasar malam dijalankan?

   .............................................................................................................................................

7. Adakah tong-tong sampah disediakan oleh PBT di sekitar pasar malam ini untuk mengelakkan pencemaran sampah-sarap daripada berlaku?

  ..............................................................................................................................................

8. Sila beri cadangan untuk mengurangkan pencemaran sampah-sarap di kawasan ini.

  ............................................................................................................................................. 


32 comments:

Anonymous said...

SOAL SELIDIK DGN TEMU BUAL SAMA KE?

Anonymous said...

BOLEH TOLONG BERITAHU TENTANG KAEDAH KAJIAN MELALUI CARA RUJUKAN?

teratai said...

Borang Soal selidik memerlukan sekurang-kurangnya 20 responden untuk menjawab borang soal selidik.

Kaedah temu bual pula hanya memerlukan 3 orang sahaja.

Kaedah kajian ~Rujukan ke perpustakaan iaitu merujuk buku-buku rujukan berkaitan tajuk kkg di perpustakaan sekolah. Boleh juga melayari internet untuk mendapatkan bahan berkaitan kkg. Jika ada buku rujukan digunakan,tulis buku rujukan ini di bahagian RUJUKAN. Begitu juga dengan melayari internet, sila salin url (alamat) web yang dirujuk di bahagian RUJUKAN. Sila lihat post berkaitan Penulisan Rujukan Yang Betul di dalam blog ini.

Hawawawa said...

salam.saya keliru dengan soal selidik dengan temu bual tu.siap yang kita kena temu bual?Siapa yang kita kena soal selidik?Siapa responden tu?peniaga atau pembeli?please jawab dengan secepat yang mungkin.

Anonymous said...

terima kasih yg tak terhinggaaaaaaa!~

teratai said...

Hawa samsudin ~ Orang yg hendak disoal selidik atau temu bual bergantung kepada Hawa,nak pilih peniaga atau pembeli (pengunjung pasar malam).

Kalau dalam Kaedah Kajian guna 'Soal selidik'- guna borang soal selidik.
Tapi jika guna kaedah temu bual - guna borang temu bual. Pilih salah satu teknik/kaedah saja iaitu s/ada
'soal selidik' atau 'temu bual'.

Anonymous said...

terima kasih banyak- banyak. =)

Unknown said...

Jutaan terima kasih kpd Cikgu !!! Teruskan membuat post post yang sangat membantu seperti ini lagi ye :)

Anonymous said...

tq.. so helpful ! may Allah bless you.. >.<

teratai said...

Nazihah ~ sama-sama:)Terima kasih kerana mendoakan cikgu!

tanissha segeran said...

hi saya ada soalan tentang kerja kursus. adakah satu soalan temu bual digunakan untuk 3 responden?

teratai said...

tanissha ~ boleh guna utk 3 org~ fotostatlah 3 keping dan beri kepada 3 org utk ditemubual.

Anonymous said...

HI SAYA ADA SATU SOALAN NI,CIKGU..KALAU DALAM LAMPIRAN TU,KITA KENA LETAK 20 KEPING TEMU BUAL NI KE...SAYA KELIRULAH,CIKGU..PLEASE REPLY FASTER

teratai said...

Hanya letak satu contoh borang soal selidik sahaja

form 3 2012 said...

sbenarnye nak kene temubual penjual ke pembeli?tolonglah saya!!!!

form 3 2012 said...

sbenarnye nak kene temubual penjual ke pembeli?tolonglah saya!!!!

form 3 2012 said...

sbenarnye nak kene temubual penjual ke pembeli?tolonglah saya!!!!

eisya said...

thanks untk borang temu bual 2..

teratai said...

form 3 2012 ~ mana-mana pun boleh, ikut kesesuaian soalan yg ditanya...

teratai said...

eisya ~ sama2:)

Devereaux said...

hai..nk tanya...saya dah pilih kedua-dua kaedah kajian:
1. soal selidik
2. temu bual
kalau saya just letak satu je bleh ke? cthnya saya ltak borang soal selidik je...temu bual saya x letak..bleh ke camtu??

teratai said...

Devereaux ~ boleh je...

nadia said...

Salam cikgu,,, cikgu gmbr2 yg ktorh dah mbil tu ltak kat lampiran er nnti,,, nk ltak brpa kping?? Brg temubual tu plak ,,, stu jer ke smua nk msukan??

Anonymous said...

confuse ni . klau nk bina pie chart brdsarkn jdual tu plak cm mna ? prlu ke nk pg kira jumlah2 grai kt pasar tamu tu utk nk diisi jmlah nya dlm jdual n then construct pie chart ?

teratai said...

Gambar letak kat lampiran sebaiknya gambar tu ada gambar nadia sebagai bukti ada melawat kawasan kajian.
Letak semua sekali atau 1 pun boleh.

teratai said...

Betul tu, kira gerai & bina jadual then construct pie chart

nadia said...

Ooo.. Time kasih cikgu... May allah bless u..

Anonymous said...

Assalamualaikum , saya nak tanya boleh tak kalau soalan ni saya guna untuk borang soal selidik. Mohon jawab :) Terima kasih.

teratai said...

Amin...:-)

teratai said...

Boleh...tp tunjukkan kpd guru geo anda utk dptkan persetujuan

Anonymous said...

kaedah pemerhatian nk brape responden????

teratai said...

Kaedah pemerhatian tak perlu responden, cuma anda perlu pergi ke tapak pasar malam yg dikajikan kawasan kajian dan kira berapa jumlah gerai mengikut jenis barangan yang dijual. Kemudian isikan borang pemerhatian ini.

Kalau nak buat seperti soal selidik, perlu berikan kepada 20 orang responden untuk menjawab soal selidik berkenaan.

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...