Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah :
1.Pencemaran Alam Sekitar.
i) Pencemaran Air
Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah Klang.
ii) Pencemaran Udara
Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.
iii) Pencemaran Bunyi
Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan seharian.
2) Fenomena Cuaca
i) Hujan Asid
Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan.
ii) Penipisan Lapisan Ozon
Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak mata kepada manusia.
iii) Pulau Haba
Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2 hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.
iv) Kesan Rumah Hijau
Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di kutub.
v) Banjir kilat
Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap. Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat!
3) Kemusnahan hutan
i) Kepupusan flora
ii) Kepupusan fauna
iii) Kemusnahan habitat flora
iv) Kemusnahan habitat fauna
vi) Perubahan landskap
9 comments:
it good.nota yang diberi dapat dijadikan rujukan bagi saya dan dapat kerja PBS saya dapat disiapkan.thank a lot!
Sya pon bt rujukan juga hahah..... Geografi... Band 5 ...
good
tq
Very good i like it
Tq.. Membantu untuk pelajar..
thank you😅
Thanks to you I get information about this.. finished my work..
Thank to you..i can finished my online work
Nice lah membantu sangat
Post a Comment