Followers

Monday, March 19, 2012

Kerja Kursus Geografi : Persembahan Bahan Grafik

Pelajar hanya perlu mempersembahkan dua bahan grafik. Antara bahan grafik yang boleh dipersembahkan ialah :

1. Jadual
2. Graf
3. Carta Pai
4. Peta Minda
5. Carta Aliran.

Jika membina graf atau carta pai, perlu disertakan dengan jadual. Sekiranya anda menggunakan kaedah kajian pemerhatian, anda boleh membina jadual berkaitan jenis barangan yang dijual di pasar malam seperti contoh di bawah :

                     JADUAL 1 : JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN 
DI PASAR MALAM INDERA MAHKOTA, KUANTAN, PAHANG**.

JENIS
BARANGAN
JUMLAH
GERAI
MAKANAN
 ***
MINUMAN

BUAH-BUAHAN

KASUT/PAKAIAN/KAIN

AYAM/DAGING/IKAN

SAYUR-SAYURAN

SUMBER : DAPATAN KAJIAN KKG 2012 
(masukkan tarikh bila anda jalankan kajian ini ~ melawat kawasan kajian.)
  
**tulis kawasan kajian anda (lengkap daerah/bandar dan negeri)
*** masukkan maklumat jumlah gerai yang terdapat di kawasan kajian anda

Daripada maklumat dalam jadual 1, bina graf bar/graf garisan atau carta pai. Lengkapkan graf/carta pai dengan maklumat :

1. Tajuk ~ 
a) Graf : Graf Bar menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

b) Carta Pai : Carta Pai menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

2. Petunjuk ~
a) Graf : Label pada paksi X (jenis barangan) dan label pada paksi Y (Jumlah gerai) beserta skala yang sesuai. Melukis bar dengan lengkap.Buat petunjuk untuk jenis barangan.

b) Carta pai : Sudut sektor mesti tepat. Maklumat ditulis dalam carta pai (atau dibuat petunjuk) beserta peratus.
 




12 comments:

Anonymous said...

Macam mana nak buat Peta Minda ya?

teratai said...

Boleh rujuk cikgu geografi anda untuk cara-cara melukis peta minda.

Anonymous said...

Terima kasih :)

faiz said...

saya nak tanya .. wajibkah kita masukkan BORANG SOAL SELIDIK bersama sama dalam folio ini ? sebab kalau saya ikut panduan dari blog ini dan blog lain , saya tidak nampak pun menggunakan maklumat dari borang soal selidik ..harap cepat balas ..sebab cikgu saya nak folio ni lepas cuti sekolah. Terima kasih

teratai said...

Kalau guna kaedah soal selidik kenalah letak sample borang soal selidik di bhg lampiran. Maklumat tu boleh dtulis dlm btk jadual dan graf bar atau carta pai

Anonymous said...

Salam , jumlah gerai tu berdasarkan jumlah responden ke ? Harap cepat balas :)

teratai said...

Jumlah gerai tu berdasarkan bilangannyalah...kena kira mengikut jenis barang yang dijual

fyfalogan said...

salam... boleh tak klu bahan grafik ini kite ambik salah satu dalam dapatan kajian...contohnya, kesan negatif Kesan Negatif Perniagaan Runcit ....?

teratai said...

Jumlah gerai tu bilangan gerai ikut jenis yg ada di pasar mlm tu..kena kiralah

teratai said...

Boleh itu yg sebaiknya :-)

Anonymous said...

salam, mcm mna carta aliran? carta aliran prlu x jadual?

teratai said...

Kalau bahan grafik dah cukup ( 2 saja) tak perlu bina carta aliran.

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...