Followers

Thursday, October 4, 2012

Peranginan Tanah Tinggi Yang popular di Malaysia

Terdapat beberapa tempat tanah tinggi yang menjadi tarikan pelancong sama ada dalam negeri atau luar negara. Antaranya ialah :

1. Tanah Tinggi Cameron

http://www.lipstiq.com/wp-content/uploads/2012/09/Cameron-Highlands.jpeg 

Tanah Tinggi Cameron terletak di sempadan antara negeri Selangor, Perak dan Pahang. Terletak di Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Tanaman teh dan sayur-sayuran hawa sederhana ditanam secara meluas di sini. Penanaman mengikut teres/kontur dapat mengurangkan hakisan tanah di kawasan tanah tinggi yang bercerun ini.  Suhu yang nyaman iaitu 18 darjah Celcius menjadi tarikan pelancong ke sini. Jenis pelancongannya ialah agropelancongan.

2. Tanah Tinggi Genting


Tanah Tinggi Genting juga terletak di negeri Pahang, iaitu sempadan antara  Pahang dan Selangor. Tanah Tinggi Genting juga terletak di Banjaran Titiwangsa. Terkenal kerana taman tema dan pusat hiburan.

3. Bukit Fraser


 Pusat peranginan Bukit Fraser juga terletak di Banjaran Titiwangsa dan terletak di negeri Pahang.

4. Gunung Kinabalu



Gunung Kinabalu terletak di Banjaran Crocker, Sabah. Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan ketiga tinggi di Asia Tenggara.  Kundasang merupakan kawasan penanaman teh dan sayur-sayuran hawa sederhana juga menjadi tarikan pelancong ke sini. Terkenal dengan jenis agropelancongan.

1 comment:

Unknown said...

awesome ! nanti buat lah tanah pamah

Post Berkaitan Plugin for WordPress, Blogger...